Pembayaran BKM Fasa 1 RM2,000 Bulan Ini | Semak Tarikh Penuh

Umum mengetahui bahawa Isi Rumah yang mempunyai pendapatan RM2,500 dan ke bawah, akan mendapat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000.

Peruntukkan untuk bantuan kali ini lebih banyak jika dibandingkan bantuan sebelum ini yang cuma RM1800.

OnViral ingin kongsikan info dibawah.

Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

    • RM2,000: Lebih 3 orang anak
    • RM1,500: 1-2 orang anak
    • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,,500 – RM5,000:

    • RM800: Lebih 3 orang anak
    • RM600: 1-2 orang anak
    • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

    • RM300: Warga Emas
    • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Apakah Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM?

    • Sudah berkahwin.
    • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bilakah Tarikh Pembayaran?

    • Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilunaskan sebanyak 4 kali dalam masa setahun.
    • Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.

Apakah Cara Membuat Memohon BKM?

    • Data penerima BPR 2021, BKC B40, dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM unntuk semak kelayakan.
    • Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.

Bagaimana Cara Kemaskini Maklumat BKM?

Berikut cara untuk mengemaskini maklumat BKM 2022:

    • Buka laman web rasmi BKM melalui pautan berikut – klik DISINI
    • Klik log masuk
    • Setelah berjaya log masuk, klik kemaskini permohonan
    • Masukkan No.Mykad dan klik semak. Isikan semua maklumat bertanda *
    • Klik teruskan
    • Isi kod Captcha dan klik sahkan Captchanya
    • Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan 7. Klik butang hantar bagi meneruskan permohonan.
    • Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang cetak untuk simpan rekod permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress