Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Sinar bagi bulan April telah pun melabuhkan tirai. Kini, pembayaran untuk bulan Mei pula yang ditunggu-tunggu oleh penerima.
Sedia maklum bahawa, i-Sinar merupakan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19 melanda.
Oleh itu, pembayaran bagi bulan Mei ini lebih awal berbanding bulan April.
Kami dari onviral akan kongsikan kepada serba sedikit mengenai tarikh pembayaran.
Baca Juga: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR): Semakan Tarikh Baki Bayaran
Pembayaran i-Sinar Bulan Mei Kategori 1&2
Pembayaran masih sama seperi sebelum ini iaitu pembayaran akan didahulukan kepada Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2.
Pembayaran untuk bulan Mei pula dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.
Sedia makluman bahawa pembayaran adalah mengikut kumpulan/ batch masing-masing.
Jadual Pembayaran i-Sinar Mei
- Sekiranya pembayaran bermula pada 3/5/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima bayaran bulan April pada 1/4/2021 yang lalu.
- Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
- Jika pembayaran berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima pembayaran tersebut.
- Dan begitulah seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut kumpulan/batch masing-masing.
- Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu. (Tidak Dinyatakan)
Faham?
Info Penting Yang Perlu Anda Tahu
PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT
- Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.
PEMBAYARAN GAGAL KREDIT
- Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akau salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada KWSP.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.