Diskaun Saman 80% 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Bermula 9 Disember
Anda dikenakan saman trafik? Saman tu pula mungkin ada yang sudah lama belum dibayar? Ada diantara saman yang disimpan itu juga sudah berganda naiknya, betul? Jangan khuatir, ada berita gembira buat anda!
Untuk makluman anda Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah ditawarkan pengurangan sehingga 80%, manakala tempat selain daripada itu ditawarkan diskaun sehingga 70%.
Untuk kemudahan, kaunter pengurangan pembayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tawaran diskaun saman ini hanya sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat.
Diskaun Untuk Saman PDRM
Terdapat juga saman yang tidak layak untuk diberikan diskaun. Semua saman LAYAK mendapat pengurangan / diskaun KECUALI:
-
- Saman Kemalangan Tahun 2021
- Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
- Saman Berstatus Bicara Mahkamah
- Saman Berkait Kenderaan Lori
- Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
- Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
- Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
Diskaun Saman JPJ
Untuk diskaun saman JPJ, sila kunjungi kaunter JPJ (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
JPJ menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Sila ambil peluang ini dan ambil manfaat daripada pengurangan saman ini.
PERINGATAN: Kepada mereka yang tidak dapat hadir ke KLCC untuk pembayaran saman, sila dapatkan diskaun saman yang sedang berlangsung di beberapa negeri pada bulan Disember ini.