Pembentangan Bantuan Khas atau dikenali sebagai PEMERKASA Tambahan yang baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau telah mengumumkan beberapa insentif kepada rakyat antaranya ialah penambahan jumlah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Baca Juga: Cara Tebus eWallet RM150 Bermula 1 Jun 2021
Jumlah Tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Perdana Menteri mengumumkan bahawa jumlah yang akan diberikan ialah sehingga RM500. Berikut merupakan kategori yang bakal menerima BPR tambahan:
1. Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Bantuan tambahan sebanyak RM500
2. Isi Rumah berpendapatan RM2,501 – RM4,000
- Bantuan tambahan sebanyak RM300
3. Isi Rumah berpendapatan RM4,001 – RM5,000
- Bantuan tambahan sebanyak RM300
4. Bujang
- Bantuan tambahan berjumlah RM100
Tarikh Bayaran BPR Tambahan
Insentif tambahan BPR tambahan ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima masing-masing bermula hujung Jun depan.
Buat masa sekarang masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sila tunggu dari semasa ke semasa.
Intipati Bantuan PEMERKASA Tambahan
Ramai di antara mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 ini terutamanya kepada golongan B40 & M40. Oleh itu, Perdana Menteri telah pun merangka beberapa pelan serta bantuan yang akan diberikan kepada rakyat bagi meringankan beban rakyat.
Antara Intipati Bantuan PKP 3.0:
- Peruntukan RM450 juta – Kapasiti Kesihatan Awam: Tingkatkan kapasiti katil
- RM550 juta – Perbelanjaan tangani wabak
- Lantikan 14,500 pekerja kontrak petugas kesihatan
- Mempercepatkan pemberian Vaksin kepada rakyat
- Peruntukan RM2.0 billion: Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan
- BPR Tambahan RM100 – RM500 pada Jun
- Bantuan Moratorium & pembayaran balik kepada B40, hilang pekerjaan & PKS terjejas pada bulan Jun
- Moratorium automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
- Geran Khas Prihatin ditambah menjadi RM1,500
- Rayuan tangguh pengenaan penalti LHDN
- Bantuan golongan yang terjejas: Pengecualian Bayaran Lewat Lesen
- Akta 829: Membantu Individu & Perniagaan Yang Terjejas
- Diskaun Bil Elektrik 10% kepada 6 sektor: Tambahan 3 bulan (Julai – September 2021)
- Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
- Lanjutan Pengeculian Cukai Jualan (SST)
- Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan
- Lanjutan Program Subsidi Upah selama setahun