PEMULIH: Bantuan Khas COVID-19 Sehingga RM1,300

Sebentar tadi Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan beban rakyat.

OnViral akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan PEMULIH ini.

Tarikh Pembayaran BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) Terkini

Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

Manakala BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 sehingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.

Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes-kes lulus rayuan BPR. Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah 4.9 billion ringgit.

Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid BKC

Berikut dikongsikan maklumat pemberian Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar dan kategori seperti berikut:

  • Pertama, isi rumah bagi kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.
  • Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.
  • Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.

Semoga bermanfaat buat anda semua.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress