Penduduk gempar bila ular sawa batik gergasi dijumpai di tempat tak disangka

Kedatangan seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter dab beratnya lebih kurang 100kg. Ia juga telah mengancam penduduk yang berhampiran dengan sebuah Chalet di Kampung Raja Dagang di negeri Kelantan.

Menerusi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Ibrahim Mohd Rohni, pihah sana telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi dan di maklumkan kedatangan kehadian ular sawa dalam tayar lori terpakai di lokasi tempat pembinaan sebuah chalet.

Pada mulanya ular sawa itu ditemui oleh kontraktor yang bekerja di sekitar kawasan tersebut.

Seramai 8 orang anggota Pasukan Bomba Dan Penyelamat bergegas ke lokasi dan menemui reptilia yang bersembunyi di dalam tayar lori yang telah diguna pakai.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kita dapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter dan berat lebih kurang 100 kg yang berada di dalam tayar lori buruk.”

Walaubagaimanapun, pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya menangkap ular sawa berkenaaan dalam tempoh 20 minit.

Menurut Tuan Ibrahim Mohd Rohni , ular sawa berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress