Pengambilan Khas Guru KPM. 18,702 Kekosongan Dibuka!

Jawatan kosong bagi pengambilan khas guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Untuk makluman, pengambilan Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara ‘one-off’ ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru.

Sebanyak 18,702 kekosongan dibuka kepada rakyat Malaysia & permohonan ini akan dibuka pada 7 Julai 2021 secara berperingkat.

So, tunggu apa lagi? Kepada anda yang berminat untuk menjadi seorang guru, inilah masanya! OnViral akan kongsikan kepada anda mengenai maklumat pengambilan khas guru.

Mohon Juga: Tutorial Tebus Telefon Pintar / Data Percuma Selama Setahun

Maklumat Pengambilan Khas Guru

Antara subjek yang kekurangan guru tertinggi:

1. Sekolah Rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Telekomunikasi

2. Sekolah Menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Agama Islam
  • Pendidikan Khas
  • Reka Bentuk & Teknologi

Pengambilan Khas Guru

Sumber: RTM

Tarikh Pengambilan

Iklan tawaran akan dibuka pada 7 Julai 2021. Penempatan akan dilakukan secara berperingkat pada bulan Oktober.

Antara negeri yang tersenarai yang mempunyai kekurangan guru tertinggi pada tahun 2021 adalah Johor, Selangor, Sabah & Sarawak.

Tatacara Permohonan

Kepada calon-calon yang berminat untuk membuat permohonan guru ini, anda perlu membuat pendaftaran melalui portal rasmi SPP.

Sila rujuk panduan daftar MySPP untuk maklumat lebih lanjut.

Pengambilan Khas Guru Secara ‘One-‘Off’

Menurut Dr. Radzi Jidin, iaitu Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media baru-baru ini, pengambilan yang biasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan pengambilan ini lancar & teratur mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Info Tambahan:

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan ini, sila hubungi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di talian:

  • Urusan Pengambilan: 03-88893 4020/19

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress