Pengeluaran i-Citra RM 10,000 Dalam Cadangan & Bakal Diumumkan Dalam Bajet 2022? Semak sini
Tahukah anda, Pemuda UMNO iaitu Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang sentiasa perjuangkan isu KWSP rakyat untuk kegunaan harian.
Kini, beliau mengakui bahawa wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan pada hari tua, tetapi bagi rakyat yang terkesan tuntutan pengeluaran RM 10,000 untuk i-Citra adalah satu keperluan terdesak yang diperlukan oleh rakyat yang terjejas sumber pendapatan dalam tempoh pandemik ini.
Rakyat yang terkesan akibat pandemik menyebabkan banyak menanggung beban yang berlebihan seperti bayar bil rumah sewa, bil air, bil elektrik serta lain-lain lagi.
Selain itu, rakyat juga tertekan untuk penuhi tuntutan perut seperti keperluan dapur untuk keluarga serta keperluan pembelajaran anak-anak yang masih menjalani persekolahan.
Sehubungan dengan itu, semasa pertemuan dengan Ketua Pegawai EKsekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada hari selasa lalu, ada beberapa perkara yang dibincangan bersama bagi menangani isu menampung kembali kelompongan simpanan KWSP.
Antara yang dimaksudkan adalah meningkatkan kadar caruman wajib bagi majikan untuk tempoh tertentu serta memperluas caruman ‘mandatory coverage’ termasuk kepada sektor informal seperti gig ekonomi.
Perdana Menteri Meminta Menteri Kewangan Ambil Tindakan & Diumumkan Dalam Bajet 2022
Melalui Facebook rasmi beliau, beliau berkata bahawa YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa perkara-perkara yang Pemuda UMNO bangkitkan ini telah diminta untuk Menteri Kewangan iaitu Tengku Zafrul ambil tindakan dan ada yang diumumkan dalam Bajet 2022 nanti.
Tambah beliau, “saya maklumkan juga kepada YAB PM bahawa harapan rakyat agar dapat disegerakan terutamanya mengenai Moratorium dan i-Citra kerana ramai sangat yang berharap dan berada dalam keadaan terdesak,” jelas beliau.
Semoga pengeluaran i-Citra sehingga RM 10,000 merupakan perkara yang akan diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Bajet 2022 bulan hadapan.
Moga sama-sama doakan agar yang diharapkan ini bakal jadi kenyataan.
10 Permintaan Rakyat Untuk Tambah Baik Bantuan Rakyat
Sebelum ini, Asyraf pernah dan telah mengemukakan 10 permintaan rakyat untuk tambah baik bantuan rakyat termasuklah pengeluaran one-off KWSP berbanding berkala setiap bulan.
Antara 10 permintaan yang telah dikemukakan ialah
-
- Segerakan bayaran BKC
- Luluskan kategori permohonan BKC/BPR dan GKP
- Permudahkan proses rayuan bantuan
- Ambil kira M40
- Tingkatkan jumlah bantuan BKC terutama kepada M40
- Tambah baik i-Citra dengan pengeluaran secara lump-sum
- Akses akaun 1 untuk pengeluaran i-Citra
- Benarkan T20 dan M40 mengeluarkan caruman pada kadar lebih tinggi untuk selesaikan masalah hutang
- Moratorium tidak dikenakan faedah terakru
- Bantuan khas kecemasan untuk peniaga yang kecil yang ramai gulung tikar
Daripada 10 perkara di atas, hanya beberapa sahaja yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan.
Permintaan terhadap pengeluaran KWSP secara one-off, belum ada kata putus daripada pihak KWSP serta kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata, pelbagai aspek akan diambil kira termasuk bantuan disalurkan kerajaan kepada kepada rakyat dalam usaha membantu meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat pandemik