Pengeluaran i-Citra RM10,000 Perlu Dipercepatkan! Rakyat Semakin Terdesak

Pihak Kerajaan perlu menyegerakan keputusan untuk membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 (one-off) kepada rakyat yang memerlukan.

Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook telah berkata, pihak kerajaan terutamanya Menteri Kewangan perlu menyegerakan keputusan untuk membenarkan pengeluaran i-Citra yang menjadi tuntutan rakyat ini tanpa perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022 kelak.

Rakyat kebanyakannya berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan sumber kewangan memandangkan sebelum ini sudah terdapat bayangan yang keputusan pengeluaran ini dijangka akan dimumumkan pada pembentangan Bajet 2022 dimana salah satunya daripadanya adalah melalui pengeluaran KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off.

Baca juga: 11 Skim Bantuan Yang Masih Tersenarai Dalam JKM 2021 Dengan Jumlah Bantuan Yang Dinaikkan

Sebelum ini, kerajaan telah memaklumkan akan memperhalusi dan mengkasji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk menaikkan had pengeluaran KWSP menerusi kemudahan i-Citra.

Timbalan Menteri Kewangan II, YB Yamani Hafez Musa memberitahu yang pertimbangan tersebut perlu mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan bagi meringankan beban ahli KWSP yang terjejas pada musim Pandemik ini.

Dr Asyraf Wajdi menjelaskan yang pengeluaran i-Citra RM10,000 adalah jaringan keselamatan jangka pendek yang diwujudkan agar rakyat dapat meneruskan hidup dalam keadaan pandemik sekaligus memulakan kehidupan baharu selepas ini. Beliau juga telah mengakui bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan simpanan pada hari tua bagi rakyat yang terkesan walaubagaimanapun tuntutan pengeluaran sehingga RM10,000 adalah merupakan salah satu keperluan yang terdesak kepada rakyat yang terjejas sumber pendapatan.

Sebelum ini juga menerusi kemudahan i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

Ruangan komen di Facebook Dr Asyraf Wajdi dibanjiri dengan pendapat, pandangan serta luahan para netizen yang bersetuju supaya cadangan ini dipercepatkan.

Rata-rata daripada rakyat amat mengharapkan pengeluaran RM10,000 dapat disegerakan bagi tujuan kelangsungan hidup sebagai contoh membayar hutang, memulakan perniagaan baharu dan sebagainya.

Di bawah adalah status di dalam Facebook Dr Asyraf Wajdi yang menjelaskan tentang isu pengeluaran RM10,000 ini.

pengeluaran i-citra

Baca juga: “Berzikir Sebelum Tido..” Gelagat Aafiyah Tarik Perh4tian Ramai

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress