Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP RM10,000 untuk semua ahlinya.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu, orang ramai rata-rata berterima kasih dan berpendapat pengeluaran khas tersebut adalah langkah tepat dengan hasrat serta keperluan rakyat ketika ini.

Perincian Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Lanjutan daripada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan ekoran pandemik yang melanda negara.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini serta mekanisme pembayaran akan dimaklumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Berikut dikongsikan sedikit perincian rasmi yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebentar tadi.

Syarat, Tarikh Permohonan & Bayaran RM10,000 KWSP

    • Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun.
    • Tarikh permohonan online dibuka pada 1-30 April 2022.
    • Tempoh bayaran bermula 20 April 2022.
    • Jumlah pengeluaran maksimum RM10K, minimum RM50.
    • Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)

Sementara itu, ahli juga digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Anda kini boleh membuat permohonan i-Akaun secara online. Sila rujuk: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata.

Sila ikuti maklumat lanjut oleh KWSP tentang info selanjutnya tidak lama lagi.

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress