Pengeluaran Khas KWSP | Tambahan 20% Sebenarnya Tiada Maksud Ganti Pun, Sila Fahami

Untuk pengetahuan semua, permohonan khas Pengeluaran KWSP telah dibuka secara rasami bermula 12 tengah malam 1 April dan iainya akan ditutup pada 30 April 2022.

Para ahli KWSP yang berada di bawah umur 55 tahun yang sudah melakukan permohonan akan menerima pembayaran secara one-off bermula 20 April 2022.

Akan tetapi, kepada pencarum-pencarum telah membaca soalan lazim sebelum mula membuat permohonan, mungkin agak bagus kerana para pemohon dapat memahami dengan lebih dalam dan jelas terma dan syarat pengeluaran khas KWSP ini agar tiada kekeliruan.

Apakah maksud penggantian 20% Dari Pengeluaran Khas KWSP ini

Rata-rata pemohon berasa agak keliru dan tidak memahami tentang satu perkara dalam soalan lazim Pengeluaran Khas KWSP ini dimana ianya berkaitan dengan soalan 15 iaitu penggantian semula amaun pengeluaran yang ingin dikeluarkan.

15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Mungkin Pembaca ingat yang Ahli KWSP perlu menggantikan semula semua jumlah amaun yang telah dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Adakah ini bermaksud ada penggantian amaun sebanyak 20% selepas pembayaran dilakukan? Ini mungkin pemahaman beberapa saat selepas membaca soalan lazim tersebut. Jom kita kupas.

Jangan risau, anda tidak perlu membayar semula semua amaun yang dikeluarkan dimana kebiasaannya, KWSP menggunakan nisbah 70:30 dalam membahagikan caruman tersebut ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebagai contoh, jika caruman anda RM1,000 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.

    • RM700 – akan terus ke Akaun 1.
    • RM300 – akan terus ke Akaun 2.

Tapi, sekiranya pengeluaran khas dibuat, nisbah 100:0 bakal digunakan.Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, mengikut nisbah 100:0.

    • RM1000 – akan terus ke Akaun 1.
    • RM0 – akan ke Akaun 2.

Nisbah 100:0 ini akan terus digunakan sehinggalah baki Akaun 1 anda (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula. Ini bermakna, caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu pada nisbah 70:30.

Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak perlu ragu-ragu dengan pengeluaran khas KWSP. Soalan tersebut mungkin agak mengelirukan tetapi itu adalah sebaik-baik penjelasan yang digunakan.

Baca Juga : 3 Langkah Mudah Daftar i-Akaun Bagi Pengeluaran RM10,000 KWSP

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress