Pengeluaran Khas KWSP Cetus Kenaikan Harga Pasaran

Kini kecoh diperbualkan tentang kenaikan harga barang keperluan menjelang Aidilfitri akibat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Harga jualan samaada barangan runcit mahupon makanan akan sampai kepada satu angka tidak munasabah kerana ada pihak peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan kerana mengetahui rakyat ketika itu mempunyai duit.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengambil tindakan yang lebih serius iaitu dengan mengenal pasti peniaga-peniaga yang menaikan harga sesuka hati sebagai ‘sabotaj makanan’.

Baca Juga: Cara Buat Rayuan BKM 2022 : Untuk Mereka Yang Gagal & Tidak Lulus Permohonan

Berdasarkan pemantauan pihak KPDNHEP terutama pada Ramadan ini, peniaga di bazar datangnya bermusim iaitu hanya datang apabila bulan puasa dan ada segelintir mereka tidak bertanggungjawab menaikan harga dengan sesuka hati dengan hasrat mahu jadi ‘jutawan sebulan’.

Kuih-muih yang dijual pada harga tidak munasabah, lepas habis Ramadan mereka pergi tetapi meninggalkan kesan dengan harga mahal.

Terdahulu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid mengakui harga barangan keperluan bakal naik disebabkan beberapa faktor, antaranya masalah Covid-19, pengangkutan, penukaran mata wang asing, perang Ukraine-Rusia dan banjir.

Perkara itu turut diakui Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menegaskan, kementerian perlu mengambil tindakan kepada individu yang monopoli pasaran harga.

Kerajaan perlu mengikut rentetan itu, mengambil tindakan kepada yang terlibat, supaya mereka tidak sesuka menaikkan harga setiap kali bulan puasa dan raya untuk mengambil keuntungan melampau yang tidak masuk akal.

Selain itu, rakyat juga perlu sedar dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna bukan tetap beli walaupun diasak dengan kenaikan harga drastik.

Dalam pada itu, kenaikan harga barangan keperluan harian meningkat sebanyak 5% hingga 10%, walau bagaimanapun ia masih dianggap sebagai satu kenaikan yang munasabah atas beberapa faktor.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia di aplikasi Price Catcher naungan KPDNHEP mendapati harga ayam bersih adalah RM9.50 sekilogram dan daging pula pada masa kini boleh didapati dengan RM69.90 untuk sekilogram.

Sumber: Utusan Malaysia

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress