penjanakerjaya 2.0

PenjanaKerjaya 2.0: Insentif RM1,000 Buat Golongan Belia

Melalui pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah naungan PERKESO yang kini dikenali sebagai PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0 PERKESO 2021.

Untuk makluman, penjanakerjaya ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau kata lainnya PERKESO untuk memberi peluang menimba pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja kepada belia.

PenjanaKerjaya 2.0

Selain itu, program ini juga membolehkan golongan belia yang menganggur serta tidak mempunyai kerja tetap untuk menimba pengalaman bekerja bagi meningkatkan kemahiran melalui on-the-job training.

Program ini juga telah ditambahnaik dengan memberi insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.

Mohon Juga: Tebus Telefon Pintar / Data Percuma Selama Setahun

PenjanaKerjaya 2.0

Infografik Program PenjanaKerjaya2.0

Objektif Program

Antara objektif yang ditumpukan ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training bagi meningkatkan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Insentif Perantisan

Insentif yang diterima bagi majikan / perantis program ini termasuklah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan.
  • Gaji / Elaun minimum adalah RM1,200 sebulan.
  • Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000.
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja / bantuan.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan untuk menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lepasan sekolah / graduan yang berumur 18-30 tahun.
  • Calon yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Calon yang mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan berkanun.

Kriteria Tambahan

Berikut merupakan syarat tambahan yang perlu dipenuhi:

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs.
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai kerja tetap.

Baca Juga: Cara Tebus eWallet RM150 Bermula 1 Jun 2021

Tarikh Permohonan

  • Bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Panduan Permohonan

Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada golongan belia yang berminat untuk menyertai Program Perantisan, sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal MYFutureJobs.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang info dan pertanyaan, klik DISINI.

3 comments

  1. sdh la myfuturejob tu cerewet nak mampus,entah berapa org ja yg dapt ni,kaji la blik,bukan smua dapt ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *