Perbezaan Gelaran Tan Sri, Datuk Seri, Datuk & Dato’

Gelaran adalah satu anugerah yang diberikan kepada sebilangan individu yang menyumbangkan banyak jasa kepada negara disamping kriteria yang melayakkannya mendapat gelaran yang dianugerahkan. Sudah pasti ramai yang agak keliru terhadap gelaran untuk mereka yang mendapat anugerah ini terutamanya kepada mereka yang mendapat gelaran Datuk, Dato’ dan Datuk Seri.

Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui atau mungkin tidak berapa teliti tentang ejaan berikan ejaan gelaran tersebut dimana mungkin sebilangan dari kita hanya mengikut bunyi sebutan padahal ada sesetengah ejaan ‘Datuk’ mungkin tidak boleh menggunakan ejaan yang mempunyai sebutan yang serupa iaitu Dato’.

Mari kita selami sedikit sebanyak perbezaan gelaran-gelaran yang mempunyai sebutan yang sama tetapi ejaan yang berlainan ini

1. Datuk dan Dato’ (Kerajaan Negeri)

Untuk gelaran Datuk, ia adalah anugerah kerajaan persekutuan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Gelaran untuk ejaan Dato’ pula merupakan anugerah kerajaan negeri yang dikurniakan oleh sultan atau Yang di-Pertua Negeri, akan tetapi ia juga bergantung kepada negeri.

Gelaran kurniaan Datuk diberikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Wilayah Persekutuan dan Sabah, manakala Datuk dan Dato dikurniakan oleh negeri Sarawak.

Bagi negeri Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Pahang, gelaran yang dikurniakan hanya Dato’ sahaja.

2. Datuk (Kerajaan Persekutuan)

Untuk kurniaan gelaran Datuk, ada juga gelaran yang diberikan oleh kerajaan persekutuan dimana ia akan diberi oleh YDPA dan terbahagi kepada dua iaitu Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD).

Kurniaan gelaran Datuk bagi PJN terhad kepada 200 orang pada satu masa dimana jika seseorang mendapat gelaran tersebut menlnggal dunia, gelaran itu boleh dikurniakan kepada individu yang lain pula.

Bagi kurniaan gelaran Datuk PSD pula tiada had penerima dimana gelaran Datuk bagi kedua-dua anugerah dari PJN dan PSD boleh diberikan kepada mereka yang bukan warganegara Malaysia, contohnya, Shahrukh Khan yang telah menerima gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka pada tahun 2008 dan Jackie Chan pula telah menerima gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2015.

Walaubagaimanapun ini bukanlah bermakna kita boleh dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama seseorang yang berpangkat ini dengan sesuka hati. Media massa telah menyeragamkan penggunaan Datuk bagi kesemua gelaran tersebut.

3. Datuk Seri (Kerajaan Negeri)

Untuk kurniaan gelaranDatuk/Dato’ Seri merupakan anugerah pangkat tertinggi yang diberikan oleh kerajaan negeri yang dikurniakan oleh sultan atau Yang di-Pertua Negeri.

Gelaran Dato’/Datuk Seri ini sama taraf dengan gelaran Tan Sri, tetapi yang menjadi perbezaannya adalah gelaran Tan Sri dikurniakan oleh kerajaan persekutuan manakala gelaran Datuk Seri pula dikurniakan oleh kerajaan negeri. Gelaran ini dianugerahkan oleh kerajaan negeri mengikut beza negeri masing-masing aama seperti gelaran Datuk dan Dato’.

4. Tan Sri (Kerajaan Persekutuan)

Walaupun pangkat gelaran Tan Sri setaraf dengan Datuk Seri, namun gelaran Tan Sri mempunyai had bagi pemberian anugerah dalam satu-satu masa dimana gelaran Tan Sri ini terbahagi kepada dua iaitu gelaran Panglima Mangku Negara (PMN) dan gelaran Panglima Setia Mahkota (PSM).

Bagi gelaran Tan Sri PMN, hadpenerima adalah seramai 75 individu pada satu-satu masa, manakala bagi gelaran Tan Sri PSM pula, had penerima adalah seramai 250 individu pada satu-satu masa.

Sebagai contoh Ketua Pengarah kesihatan yang sebelum ini digelar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kini digelar Tan Sri setelah dianugerahkan pangkat itu sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Isnin.

5. Tun

Gelaran Tun adalah satu anugerah yang paling terhad di Malaysia dan ia dikurniakan oleh YDPA serta terhad untuk 25 individu dalam satu-satu masa. Gelaran ini terbahagi kepada dua iaitu Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dan Seri Setia Mahkota (SSM).

Gelaran SMN ialah anugerah yang selalu diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri serta bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia selepas bersara. Buat masa ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak merupakan satu-satunya PM Malaysia yang tidak menerima gelaran Tun.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress