Perintah Gaji Minimum RM1500 Bakal Dilaksana Pada Hari Pekerja

Gaji Minimum RM1500 Akan Dilaksana Pada Hari Pekerja

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, pekerja di Malaysia akan menerima penetapan kadar gaji minimum yang baharu iaitu pada jumlah RM1,500 sebulan bermula pada 1 Mei 2022. Ini mungkin satu berita yang menggembirakan kepada setiap pekerja Malaysia yang mempunyai pendapatan bulan yang kurang daripada RM1,500 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melakukan pengumuman pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC)

Kali Terakhir Gaji Minimum Dinaikkan Adalah Pada 2020

Untuk rekod setakat ini, gaji minimum telah dinaikkan pada 1 Februari 2020 iaitu dengan kenaikan RM100 daripada RM1100 ke RM1200 Sebulan pada sesi pembentangan Bajet 2020. Maka pada dua tahun lepas, kita dapat lihat yang gaji minimum untuk perkerja Malaysia adalah sebanyak RM1,200 sebulan dimana jumlah ini mungkin masih tidak mencukupi bagi rakyat yang mempunyai tanggungan yang agak ramai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun PERINTAH GAJI_MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN : KLIK DI SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress