Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang (ZPP) 2022
Untuk pengetahuan anda, bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini adalah terbuka khas kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.
Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang (ZPP) 2022
Zakat Pulau Pinang adalah sebuah organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Organisasi ini mempunyai objektif utama memberi bantuan agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam bidang pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Di dalam program bantuan ini, pihak Zakat Pulau Pinang akan memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui maklumat yang diperlukan semasa membuat permohonan bantuan ini. Anda juga boleh layari Laman Web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan serta maklumat tentang isu-isu penting terkini.
Kriteria Permohonan
-
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan Zakat
- Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang
- Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi persekolahan.
- Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.
- Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.
- Permohonan bantuan awal persekolahan tidak termasuk Pra-sekolah, Tadika, Taski atau IPT.
- Rujuk jadual pendapatan yang layak memohon di bawah:
- Bilangan Anak Pendapatan Kasar Isi Rumah
- 2 orang anak RM1500 dan ke bawah
- 3 orang anak RM2000 dan ke bawah
- 4 orang anak dan ke atas RM2500 dan ke bawah
Baca juga: Miliki Rumah RM250,000 & Kelengkapan Perabot Percuma
Langkah-Langkah Permohonan Bantuan Zakat Pulau Pinang
Sila dapatkan borang permohonan di kaunter-kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran anda bermula hari ini, 8 November 2021.
Sila rujuk Masa Operasi Di Kaunter Zakat Pulau Pinang seperti di bawah:
-
- Isnin – Khamis (8.30pagi – 4.30petang)
- Jumaat (8.30pagi – 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)
- Sabtu (9.00pagi – 3petang – Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)
- Ahad Tutup
Baca juga: Langkah Memohon Bantuan Am Persekutuan JKM RM350 Untuk Keluarga 2021
Maklumat Permohonan Untuk Bantuan Zakat Pulau Pinang
-
- Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
- Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga
- Dokumen Utama (wajib disertakan) :
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
- Dokumen Sokongan (jika perlu) :
- Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
- Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
- Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
- Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
Untuk proses permohonan bantuan ini, pihak ZPP berhak untuk menyiasat kesemua butiran yang telah dikemukakan dimana sekiranya pemohon didapati tidak layak atau butiran adalah tidak benar maka pihak ZPP berhak untuk menolak permohonan tersebut.
NOTA* Borang yang telah siap diisi mestilah dihantar dengan datang sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang berdekatan dengan anda.
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 30 November 2021
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan meklumat lanjut, sila rujuk saluran pertanyaan di bawah:
-
- Facebook Zakat Pulau Pinang KLIK DISINI
- Telefon : 04-549 8088
- E-mel: admin@zakatpenang.com
- Laman web KLIK DISINI