Permohonan Bantuan i-Suri KWSP Bagi Suri Rumah RM480 Setahun
Sistem pencaruman I-Suri yang diperkenalkan oleh KWSP akan memberikan insentif sebanyak RM480 setahun kepada golongan suri rumah. Dengan jumlah wang tersebut terpulang bagi suri rumah untuk digunakan atau disimpan.
Apakah Syarat Kelayakan Memohon Bantuan i-Suri KWSP ?
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Individu yang tergolong sebagai suri rumah yang telah pun berdaftar eKasih.
3. Belum mencapai had umur 60 tahun.
4. Caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP anda.
5. Haruslah Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau ketua isi rumah.
Bagaimana Cara Permohonan i-Suri KWSP Tahun 2021 ?
Golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan & ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang seperti berikut:
-
- Pertama Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Untuk endaftaran kali pertama sahaja)
- Kedua Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran dilakukan)
** tertakluk kepada terma & syarat KWSP.
Apakah Manfaat Insentif i-Suri KWSP
-
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada tahun 2018, tahun berikutnya ialah sebanyak RM480.
- Caruman dalam apa sahaja amaun & pada masa yang anda ingin mencarum mengikut kemampuan anda & masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP.
- Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.
Saluran Bayaran i-Suri KWSP
A. Perbankan Internet
-
- Pemindahan wang secara elektronik.
B. Kaunter Ejen Bank
-
- Tunai/cek.
C. Kaunter KWSP
-
- Secara Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri berdekatan anda.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi
-
- Pusat Pengurusan Perhubungan 03 – 8922 6000
- Layari di Portal Rasmi KWSP www.kwsp.gov.my