Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM Kadar Terbaru

Bantuan Kanak-kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan dinaikkan bermula pada tahun 2021 menurut Belanjawan 2021 yang telah diluluskan.

Perkara ini secara rasminya diumumkan oleh YB DS Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam sebuah hantaran terkini beliau di Facebook.

Untuk paparan makluman daripada Facebook, sila KLIK DISINI

Kadar Bantuan Kanak-kanak JKM Terbaru 2021

Berdasarkan makluman dari YB DS Rina binti Mohd Harun , jumlah kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM akan dinaikkan seperti maklumat dibawah:

Jumlah kadar bantuan lama :

    • Maksimum sebanyak RM100 bagi seorang.
    • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.

Jumlah kadar bantuan baharu (mulai 2021) :

    • Kanak-kanak yang berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) untuk seorang.
    • Kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) untuk seorang.
    • Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan akan diberikan untuk seisi keluarga.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM adalah seperti dibawah:

    • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata MiskinIsi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
    • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
      ATAU mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara memohon Bantuan Kanak-kanak JKM 2021

Permohonan boleh dilakukan melalui 2 cara, iaitu secara manual atau online.
Anda boleh rujuk langkah-langkah dibawah:

i) Cara memohon Bantuan Kanak-kanak JKM Online

    • Sila layari laman web rasmi JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
    • Kemudian klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
    • Di paparan seterusnya, sila pilih Negeri dan isi Nombor Kad Pengenalan.
    • Tekan Daftar.
    • Isikan maklumat-maklumat yang berkaitan.
    • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat (online). Sistem akan membatalkan permohonan anda tersebut secara automatik jika anda gagal hadir.

DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA / DISEDIAKAN SEMASA HADIR KE PEJABAT JKM:

    1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
    2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
    3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Kategori OKU)
    4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
    5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

ii) Cara memohon Bantuan Kanak-kanak JKM Secara Manual (Pejabat JKM)

Sila hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara untuk permohonan secara Manual.
Untuk Senarai Pejabat dan cawangan JKM Negeri KLIK DISINI

Borang Permohonan Bantuan JKM

Borang Permohonan Bantuan JKM 18 (Klik disini)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan JKM, sila hubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat JKM.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Laman Web : https://www.jkm.gov.my/jkm

Sumber

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress