Permohonan Bantuan RM100 Yuran Taska Setiap Bulan | Semak Kelayakan

Permohonan subsidi RM100 yuran taska dibuka, terhad dua anak bawah 4 tahun

Untuk makluman para ibu bapa yang mempunyai anak bawah 4 tahun, permohonan subsidi yuran taska atau pusat jagaan kanak-kanak berjumlah RM100 di bawah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) bagi sesi 2022 telahpun dibuka.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerusi Facebook memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi https://asuhpintar.yawas.my atau menghubungi talian 03-54818800.

Sementara itu, menerusi maklumat di laman web Yawas syarat kelayakan permohonan adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Lahir serta menetap di Selangor atau tidak dilahirkan di Selangor tetapi menetap sekurang-kurangnya lima tahun
    3. Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
    4. Suami dan isteri bekerja
    5. Anak berumur empat tahun ke bawah
    6. Terhad kepada dua anak sahaja
    7. Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    8. Ibu dan bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih terperincu mengenai bantuan yuran ini, Sila rujuk saluran di bawah :

    • Hotline Yawas : 03-5481 8800
    • Laman Web : asuhpintar.yawas.my¬†

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress