Permohonan BKM 2022 Gagal? Ini Puncanya

Senarai Alasan dan Sebab Tidak Layak Mohon BKM 2022 termasuk duplikasi permohonan dan jika ada ssm untuk sebab tertentu menyebabkan permohonan gagal.

Mungkin ramai pemohon tertanya-tanya dan mempersoalkan kegagalan bantuan BKM dikredit ke akaun mereka. Kegagalan atau permohonan ditolak ternyata mempunyai sebab yang para pemohon lakukan sebelum membuat permohonan.

Sila layari laman web ONVIRAL untuk berita-berita semasa dan permohonan terkini.

Baca Juga:  Cara Melakukan Permohonan & Semakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Sila semak senarai alasan jika anda termasuk dalam permohonan yang gagal / ditolak seperti di bawah. Ini adalah untuk bagi memastikan yang sekiranya anda benar-benar  layak, anda memang tidak melakukan antara kesilapan ini .

Antara Senarai 35 Kumpulan Tidak Layak / Gagal / Ditolak Mendapat BKM 2022

  • 1) Pemohon tidak sertakan dokumen yang lengkap seperti di bawah:
      • Sijil Perkahwinan
      • Bukti sahih yang pemohon telah tamatkan sijil ssm
      • Bukti dokumen yang menyatakan pemohon memang tinggal di Malaysia walaupun berulang-alik ke Thailand atau Singapura untuk bekerja
      • Segala butiran yang pemohon perlu buktikan dengan dokumen yang sah
      • Bukti suami atau isteri telah meninggal dunia (Surat Kematian)
      • Bukti pemohon mendapat kelayakan hak menjaga anak daripada mahkamah
      • Bukti dokumen sijil penceraian dari Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / Mahkamah
      • lain-lain alasan yang timbul
  • 2) Pemohon bukan merupakan warganegara Malaysia
  • 3) Pemohon merupakan seorang warga asing yang tiada MYPR atau MYKAS atau pendatang tanpa izin (PATI)
  • 4) Pemohon berkahwin dengan warga asing tetapi masih lagi tiada anak kandung yang ada MYKID atau MYKAD
  • 5) Pemohon berumur bawah 21 tahun atau 60 tahun dan ke atas (untuk anda yang masih ada pasangan dan mempunyai anak)
  • 6) Pemohon merupakan seorang ibu tunggal atau janda tunggal berumur bawah 60 tahun dan TIDAK ada anak sendiri
  • 7) Pemohon merupakan seorang bapa tunggal atau duda yang masih berumur bawah 60 tahun dan TIDAK ada anak sendiri
  • 8) Pemohon sekarang ini sedang berkelana dan tinggal di luar negara (oversea) samada sedang belajar atau bekerja di sana
  • 9) Pemohon ada ssm tidak layak bkm yang mana merupakan pemilik untuk 2 atau lebih daripada itu syarikat Enterprise atau pemilikan tunggal (sole proprietor)
  • 10) Pemohon tidak layak bkm kerana mempunyai syarikat SDN BHD dengan ssm dan anda adalah salah seorang daripada pemilik syarikat Sendirian Berhad
  • 11) Pemohon ada beli dan memiliki rumah, kedai yang bernilai lebih RM500 ribu
  • 12) Pemohon merupakan pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lebih daripada 500cc
  • 13) Pemohon ada kereta import 1400cc atau lebih daripada itu
  • 14) Pemohon memiliki kereta Malaysia 2000 cc atau lebih daripada itu
  • 15) Pemohon merupakan seorang yang memegang status OKU di Malaysia tetapi masih lagi nama anda tidak tersenarai dalam bantuan e-bantuan JKM
  • 16) Pemohon telah dikesan hantar duplikasi permohonan dek kerana bekas suami juga mengunakan nama anda dan anak-anak anda ketika permohonannya
  • 17) Pemohon telah dikesan hantar duplikasi permohonan bkm disebabkan suami anda telah hantar permohonan bersama madunya (KES POLIGAMI)
  • 18) Pemohon merupakan seorang warga emas atau orang tua yang tidak hidup melarat atau sebatang kara
  • 19) Pemohon tidak boleh menghantar permohonan orang lain telah menggunapakai maklumat diri pemohon dalam permohonannya
    • (NOTA: masalah ini boleh selesai dengan syarat anda bawa bersama salinan pengenalan (Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke cawangan LHDN hasil terdekat untuk tujuan pengesahan
  • 20) Pemohon mungkin telah kena tindakan senarai hitam dan blacklist untuk BKM oleh LHDN kerana telah beri maklumat palsu untuk permohonan BSH, BKC, BPN, BPR sebelum ini
  • 21) Pemohon tidak kemaskini status perkahwinan terkini selepas kematian suami anda
  • 22) Pemohon merupakan seorang orang kurang upaya tetapi tidak daftar nama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
  • 23) Pemohon berkahwin di luar negara dan masih lagi belum daftar perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
  • 24) Pemohon merupakan seorang orang kurang upaya yang berumur bawah 19 tahun atau lebih 59 tahun
  • 25) Pemohon memiliki pendapatan isi rumah secara kasar melebihi RM5,000 sebulan
  • 26) Pemohon ada pasangan suami / isteri warga asing tetapi tiada bukti dokumen penting seperti Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan
  • 27) Pemohon individu bujang berumur kurang 21 tahun walaupun gaji dan pendapatan anda bawah RM2500 sebulan
  • 28) Pemohon sudah berkahwin TETAPI belum tukar status bujang ke berkahwin pun tak layak dapat bkm
  • 29) Pemohon tidak kemaskini dan update ‘Pendapatan Kasar Bulanan’ yang mana ramai berjaya kesan ia bertukar “0”. Jadi sila hati-hati!
  • 30) Pemohon sudah upload dokumen penting yang diperlukan secara online TETAPI anda tidak serahkan salinan dokumen di pejabat cawangan LHDN yang terdekat dengan anda

(Untuk alasan 31 hingga 35 adalah berdasarkan permohonan ini)
BKM Tidak Layak Lulus Untuk Tanggungan Anda, Jika Anda TIDAK LAYAK mendapat tambahan duit bkm melibatkan anak anak anda atau tanggungan anda, jika anda tidak mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah ini :

  • 31) Pemohon mempunyai anak angkat TETAPI tidak daftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara
  • 32) Pemohon mempunyai anak TETAPI tidak daftar dengan JPN
  • 33) Pemohon mempunyai anak yang berumur 19 tahun dan ke atas TETAPI tidak sambung belajar di mana-mana universiti awam di Malaysia / IPTS swasta di Malaysia
  • 34) Pemohon mempunyai anak TETAPI anak anda sudah pun mempunyai gaji dan pendapatan sendiri
  • 35) Pemohon mempunyai anak yang bukan memegang status OKU

Duplikasi Permohonan BKM

Sila elakkan membuat duplikasi permohonan untuk BKM (Permohonan berulang dua atau beberapa kali kerana jika ini terjadi, permohonan anda ditolak.

NOTA PENTING: Untuk makluman semua, pada tahun lepas (2021), hampir 1.1 juta tidak layak menerima BPR dan BKC  termasuk yang mengalami pelbagai masalah hanya kerana senarai masalah ini. Sila elakkan  mengulangi kesilapan seperti senarai di atas. Anda hanya perlu mengisi mengikut ARAHAN yang diberikan dengan betul dan lengkap.

Baca Juga : KWSP | Tiada Lagi Pengeluaran Simpanan Sebelum Persaraan

Sila kongsikan dengan ahli keluarga serta sahabat handai anda mengenai pengumuman ini kerana kita tidak tahu jika mereka memerlukan maklumat ini sekiranya mereka juga melakukan permohonan. Semoga kita akan dapat melakukan permohonan dengan betul agar mendapat manfaat dari bantuan BKM ini.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress