Permohonan Geran Kenderaan Yang Hilang Di JPJ | Selalu terjadi situasi seperti ini iaitu geran kenderaan hilang. Hilang kerana terlupa, hilang kerana bencana seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. Geran kenderaan adalah maklumat penting, seperti sijil lahir. Jika tiada geran tiadalah bukti bahawa kenderaan anda adalah sah atau hak anda, jadilah setiap kenderaan di Malaysia tidak kira kereta mahupun motorsikal wajib ada geran kenderaan.
Untuk mendapatkan semula atau salinan geran kenderaan anda di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) anda perlu hadir di setiap cawangan berdekatan dengan anda. Bermula 1 Jun 2016 JPJ telah perkenalkan satu kaedah yang baru iaitu Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) untuk gantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta.”
anda suka untuk : Permohonan Membuka Akaun Bank Islam Online
Permohonan Semak Semula Keputusan SPM
Untuk dapatkan salinan geran kenderaan anda perlu hadir ke kaunter JPJ berdekatan, dokumen perlu dibawa ialah:-
- bawa IC asal berserta salinan
- Isi borang JPJK7 (Dapatkan di kaunter)
Siapa yang boleh ambilkan salinan Geran Kenderaan anda selain anda? Bolehkah anda wakilkan sesiapa untuk hadir ke cawangan JPJ membuat permohonan salinan geran kenderaan anda seperti geran kereta atau geran motor?
Jawapan Ya, boleh tetapi ada langkah dan syaratnya. Baca selanjutnya.
Wakil boleh hadir bagi pihak pemunya yang berdaftar
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
- Pegawai Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan;
- Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
- Fi yang telah ditetapkan.
Permohonan oleh Waris
- Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
- Dua Borang JPJ K7 yang lengkap diisi;
- Salinan IC pemilik berdaftar kenderaan;
- Salinan IC waris;
- Pastikan bawa Dokumen sokongan sebagai bukti sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir sendiri untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang Diberi Kuasa;
- Dokumen sokongan sebagai bukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan;
- Jika pemilik berdaftar kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
- Surat kebenaran dari institusi kewangan sekiranya kenderaan mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
- Fi yang telah ditetapkan.
Anda boleh baca terperincinya di SINI.
Sebarang pertanyaan anda boleh rujuk
Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya
Semoga artikal ini bermanfaat untuk anda.