Permohonan salinan geran kenderaan

Permohonan Geran Kereta Hilang dan Dapatkan Geran Baru

Permohonan Geran Kereta Hilang dan Dapatkan Geran Baru | Anda pening dengan kehilangan geran kereta, terlupa letak dekat mana? Apa patut anda lakukan jika geran kereta hilang? Terkadangnya, kita lupa di mana simpannya geran kereta atau pun ketika musim banjir rumah anda dilanda banjir besar dan telah rosak. Walaupun Kiosk MyEG tidak perlu geran original untuk renew rotax dan insurans kenderaan anda tetapi dalam situasi tertentu anda perlu ada dan guna geran original kereta. Ini akan membatutkan proses-proses tertentu yang memerlukan geran original kereta.

Permohonan Geran Kereta Hilang dan Dapatkan Geran Baru

Sekarang situasi sudah berubah, anda tidak perlu lagi membuat report Polis walaupun dalam geran kereta menyatakan jika anda kehilangan geran original perlu membuat report polis.

artikal berkaitan : – Permohonan – Pengeluaran KWSP akaun 2 (i-Lestari)

Permohonan Salinan Geran Kereta Original

Bermula 21 haribulan 6, 2010 . Untuk permohonan pengeluaran salinan  Perakuan Geran Pendaftaran Kenderaan hanya boleh dikemukakan pemilik yang telah berdaftar kenderaan atau juga pegawai agensi kerajaan atau syarikat atau pertubuhan yang diberi kuasa ataupun waris sahaja.

Anda perlu sediakan dokumen-dokumen seperti berikut semasa melakukan permohonan:-

Permohonan Pemilik Berdaftar

  1. Satu  Borang untuk Senarai Semak bagi Salinan Geran
  2. Buat dua salinan untuk  Borang JPJ K7 yang tlengkap diisi.
  3. Kad pengenalan asal untuk disemak ketika permohonan dibuat.
  4. Anda perlu membawa Surat Kebenaran terus dari institusi kewangan seperti bank pinjaman kereta anda seandainya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun untuk motosikal sahaja.
  5. Akhir seklai Fi yang ditetapkan. Pengalaman kami – RM50 ada kenaikan atau tidak, anda perlu rujuk dengan pengawai jpj

Untuk wakil hadir untuk pihak pemunya berdaftar

  1. Satu  Borang untuk Senarai Semak bagi Salinan Geran
  2. Buat dua salinan untuk  Borang JPJ K7 yang tlengkap diisi.
  3. Untuk Pegawai Agensi Kerajaan atau Syarikat atau Pertubuhan yang diberi kuasa hendaklah kemukakan surat rasmi daripada Agensi anda.
  4. Dan juga Surat kebenaran dari institusi kewangan seandainya kenderaan itu mempunyai tuntutan hak milik kurang dari Dua tahun untuk motosikal sahaja.
  5. Fi yang ditetapkan.

Permohonan oleh Waris

  1. Satu Borang untuk Senarai Semak bagi Salinan Geran
  2. Buat dua salinan untuk  Borang JPJ K7 yang tlengkap diisi.
  3. Salinan Kad Pengenalan Diri atau Mykad pemilik berdaftar kenderaan;
  4. Salinan Kad Pengenalan/Mykad Diri waris;
  5. Perlu dokumen sokongan untuk buktikan pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat menghadirkan diri bagi pertimbangan Pengarah Negeri/pegawai yang telah Diberi Kuasa;
  6. Perlu juga bawa dokumen sokongan untuk membukti perhubungan dengan pemilik berdaftar kenderaan;
  7. Bagi pemilik berdaftar kenderaan yang meninggal dunia, borang JPJK7 perlu ditandatangani oleh waris yang telah ditetapkan Mahkamah atau Pesaka Kecil atau Executor atau Executrix atau Administrator telah ditetapkan Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;
  8. Sila bawa Surat kebenaran dari institusi kewangan seandainya kenderaan itu mempunyai tuntutan hak milik kurang dari Dua tahun untuk motosikal sahaja;
  9. Fi yang ditetapkan.

Untuk Proses Ringkas dan Mudah Permohonan Geran Kenderaan Original Kerana Hilang

Terdapat 5 Proses perlu dilakukan untuk memohon geran baru:
1. Hadir di mana-mana cawangan JPJ
2. Sila Isi borang JPJ K7 dengan lengkap
3. Pemilik kenderaan perlu sendiri datang dengan membawa mykad atau bawa salinan mykad pemilik kenderaan
4. Wajib Bayar denda yang dikenakan sebanyak RM50 untuk kereta atau RM20 untuk motosikal sahaja.
5. Seterusnya JPJ akan memberi Salinan Geran Kereta Original yang baru

Mudah dan senangkan. sebenarnya untuk memohon geran original baru amat mudah dan senang sekali. Dan dinasihatkan supaya geran baru ini disimpan ditempat yang anda senang ingati.

Semoga perkongsian ini dapat mencerahkan kekusutan fikiran anda dan dapat membantu memudahkan proses permohonan salian geran kenderaan anda. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *