Permohonan MRSM 2022 Secara Online – Tingkatan 1 & 4

Perhatian buat ibu bapa, pelajar dan penjaga, permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2022 dibuka pada minggu ke 4 bulan Ogos 2021 ini.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian.

Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri agar dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

Pengenalan Tentang MRSM

Permohonan MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains  dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif, dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  1. Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
  2. Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
  3. IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM.
  4. IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM.
  5. Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan.
  6. PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM.

Baca Juga: Biasiswa Lepasan SPM 2021: 32 Senarai Yang Boleh Dimohon

Permohonan MRSM 2022

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4. Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar.

Syarat Kemasukan Umum

    • Warganegara Malaysia.
    • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
    • Calon mestilah memohon secara atas talian (online).
    • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
    • Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
    • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
    • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
    • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Lokasi MRSM

Untuk makluman, terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan di bawah.

Cara Permohonan MRSM 2022 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut dikongsikan langkah untuk membuat permohonan MRSM bagi calon yang bakal menduduki Tingkatan 1 pada tahun 2021.

    1. Layari laman web rasmi MARA iaitu https://www.mara.gov.my/
    2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Sila baca maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI.
    3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
    4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
    5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran anda telah berjaya.
    6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
    7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
    8. Pada bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
    9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
    10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

    • Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
    • Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.
    • Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
    • UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.
    • UKKM akan diadakan di antara bulan September hingga Disember 2020.
    • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.
    • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Maklumat Lanjut

Sila layari portal MARA
http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel : pengambilanmrsm@mara.gov.my

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress