Cara Permohonan BPR 2021 Online
Caranya untuk membuat permohonan bpr mudah sahaja ;
- Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan (nama, no. kad pengenalan, email, dll)
- Beberapa dokumen yang diperlukan (bukti perkahwinan, bukti penceraian, bukti ahli keluarga yang meninggal, bukti pemilik akaun bank)
- Hantar permohonan yang telah dilengkapkan
*Anda hanya perlu isi borang online atau manual. Dokumen sokongan tidak perlu kepilkan sekali. Kesemua akan disemak oleh agensi kerajaan termasuk LHDN untuk semakan kelayakan.
Syarat kelayakan BPR
- Syarat kelayakan termasuk syarat layak umur BPR bujang B40 dan isi rumah M40
Kategori B40 Bujang (RM350)
- Warganegara Malaysia
- Umur mesti 21 dan ke atas
- Gaji dan pendapatan setiap bulan mesti tidak lebih RM2,500
Kategori B40 (RM1200 / RM1800)
- Warganegara Malaysia
- Status sudah berkahwin
- Sudah mempunyai anak
- Baik bapa tunggal, ibu, janda, duda semuanya layak mohon
- Gaji dan pendapatan setiap bulan mesti tidak lebih RM2,500
Kategori B40 (RM800 / RM1200)
- Warganegara Malaysia
- Status sudah berkahwin
- Sudah mempunyai anak yang perlu ditanggung
- Gaji dan pendapatan setiap bulan mesti berada di jualai antara RM2,501 hingga RM4,000
Kategori M40 (RM500 / RM750)
- Warganegara Malaysia
- Status sudah berkahwin
- Sudah mempunyai anak yang perlu ditanggung
- Gaji dan pendapatan setiap bulan mesti berada di jualai antara RM4,001 hingga RM5,000
Borang Permohonan BPR Baru
Bagi yang nak buat permohonan BPR secara manual termasuk bujang, boleh download dan gunakan borang melalui pautan di jadual ini :
NOTA : Untuk mengetahui anda layak atau, boleh semak melalui pautan di bawah ini:
Klik sini – Borang permohonan secara manual
Soalan Lazim & FAQ
1. Akaun bank saya sudah tidak aktif atau dormant
Tiada masalah, anda boleh pergi mana-mana cawangan BSN yang terdekat untuk tunaikan terus
2. Saya ada terima bonus, komisen dan elaun, ada ia juga diklasifikasikan sebagai pendapatan?
Ya. Semuanya dikategori sebagai pendapatan bulanan anda
3. Saya ingin menukar permohonan bpr dari kategori M40 kepada B40
Tidak boleh. Kami tahu anda mahu menerima jumlah bayaran yang lebih. Anda akan hanya menerima jumlah bantuan berdasar kelulusan yang terakhir anda terima sebelum ini.
Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan