Permohonan Pengeluaran ASNB Secara Online

Permohonan Pengeluaran ASNB Secara Online | Berita baik bagi pemegang Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kerana kerajaan telah membuat pengumuman pemegang ASNB boleh membuat pengeluaran akaun secara online bagi meringankan beban dan memudahkan urusan.

Diumumkan pengeluaran maksimun hanya boleh dikeluarkan sebanyak RM500 sebulan.

Manakala pula jumlah paling minimum untuk satu kali pengeluaran hanya sebanyak RM100.

Dalam sebulan hanya tiga kali pengeluaran dapat dilakukan.

Sila kongsikan info ini di facebook / twitter / intagram / telegram /whatsapp agar ia lebih bermanfaat.

Kita sedia maklum penyimpanan pelaburan ASNB agak memberi manfaat kepada pelaburnya, sebelum ini kita dibenarkan untuk topupkan atau bankinkan wang ke dalam ASNB secara online di MyASNB sahaja.

Kini anda dapat mengeluarkan wang secara online seperti dinyatakan di atas. Di bawah ini Onviral kongsikan tutorial cara permohonan pengeluaran wang ASNB atas talian.

Permohonan Pengeluaran ASNB secara online di Portal MyASNB

Untuk pengetahuan anda tiada sebarang caj akan dikenakan ketika membuat pengeluaran dilakukan.

Perkhidmatan ini boleh diguna portal myASNB bermula 20 April 2020, manakala untuk aplikasi mudah alih myASNB bermula pada 27 April 2020.

**Anda boleh download aplikasi MyASNB disini : – Apple Appstore | Google Playstore

Waktu urusniaga seperti biasa:

  • Unit Amanah Harga Tetap:- 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah:- 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*

Untuk meneruskan cara permohonan pengeluaran ASNB secara online boleh ikut langkah di bawah ini.

permohonan pengeluaran ASNB secara online

1. Pertama anda perlu log in di www.myasnb.com.my

permohonan pengeluaran ASNB secara online

2. Seterusnya sila klik Portfolio dan selepas itu klik Transaksi yang dikehendaki serta Pilih Jualan Balik.

permohonan pengeluaran ASNB secara online

3. Sila pastikan maklumat dan data anda terutama data akaun bank adalah tepat dan betul bagi memudahkan proses pengeluaran.

permohonan pengeluaran ASNB secara online

4. Pastikan anda baca dan tipkan pada kotak pengisytiharan dan klik butang Seterusnya.

permohonan pengeluaran ASNB secara online

5. Pastikan anda memasukkan amaun yang ingin dikeluarkan. Ingat! Minimum hanya RM100 dan paling maksimum RM500 sebulan. Sudah isi sila klik Seterusnya.

permohonan pengeluaran ASNB secara online

6. Kemudian Semak betul-betul butiran bank anda. Jika ia betul klik Teruskan.

permohonan pengeluaran ASNB secara online

7. Pastikan anda Klik Permintaan TAC. Selepas itu klik Seterusnya.

permohonan pengeluaran ASNB secara online

8. No TAC akan di hantar pada nombor telefon yang didaftarkan ketika membuka akaun MyASNB online sebelum ini. Seterunya masukkan nombor TAC yang anda dapat. Tahniah transaksi pengeluaran ASB anda telah berjaya.

Semoga ia bermanfaat kepada anda dan jangan lupa kongsikan ya.

Maklumat Lanjut Permohonan Pengeluaran ASNB secara Online

Untuk sebarang kekeliruan atau sebarang maklumat lanjut:-

Semoga perkongsian Permohonan Pengeluaran ASNB ini berguna dan membantu anda.

sumber foto

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress