Permohonan Pinjaman Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor

Permohonan Pinjaman Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor | Negeri selangor banyak membantu rakyat negerinya dalam dunia perniagaan kecil-kecilan penjaja dan peniaga kecil yang memerlukan pinjaman untuk suntikan modal dalam menguruskan dan melancarkan proses perniagaan. Justeru itu Negeri selangor dengan menubuhkan Hijrah Selangor iaitu Mikrokredit Bersepadu gagasan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010 sebelum ini. Anda boleh baca pengenalan Hijrah Selangor DISINI.

Dengan adanya program Hijrah Selangor Skim Mikrokredit ini dapat meringankan beban dan membantu penjaja-penjaja kecil untuk membina perniagan dengan lebih baik dan teratur.

Terdapat Dua Jenis Skim:-

  • Skim Pinjaman Mikro Kredit
  • Skim ‘ Zero to Hero ‘

Syarat-syarat Kelayakan Pinjaman Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor

KELAYAKAN WAJIB MENYERTAI HIJRAH SELANGOR 

Untuk memohon pinjaman program HIJRAH SELANGOR atau Pinjaman Mikro Kredit Selangor penjaja-penjaja kecil yang layak ialah :

  • Warganegara Malaysia
  • Mesti Rakyat Selangor
  • Mengundi dalam negeri Selangor
  • Berumur 18-59 tahun bagi permohonan baru dan permohonan pembiayaan ulangan.
  • Pastikan Sihat tubuh badan & waras
  • Mempunyai premis yang khusus
  • Mempunyai SSM, Lesen PBT, Kad nelayan dan geran tanah yang sah
  • Tidak mempunyai rekod yang tidak baik atau disenarai hitamkan daripada mana-mana agensi keewangan
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Pastikan Perniagaan mestilah melebihi 6 bulan operasi
  • Satu pinjaman di bawah skim Hijrah dalam satu-satu masa
  • Satu pinjaman di bawah skim Hijrah dalam satu-satu isi rumah
  • Satu pinjaman di bawah skim Hijrah dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  • Bersetuju mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Hijrah Selangor
  • Meminjam mengikut keperluan dan kemampuan bayar balik pemohon

KELAYAKAN UNTUK AKTIVITI PERNIAGAAN PENJAJA KECIL

HIJRAH SELANGOR boleh dipohon penjaja dan peniaga kecil sahaja. Jenis-jenis perniagaan pula dikenal pasti sebagai layak untuk menyertai program hijrah selangor ini.

Program-program berikut ialah:-

  • Penternakan
  • Produk Kecantikan
  • Perkhidmatan
  • Pengangkutan
  • Jualan Runcit
  • Pertanian

Perniagaan Online

 

Proses-proses Permohonan

pinjaman mikro kredit hijrah selangor

 

Untuk jadual Bayaran Balik lihat foto di bawah ini.

Jadual pinjaman mikro kredit hijrah selangor

Untuk membuat permohonan klik link di bawah ini:-

 

Pertanyaan dan Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan boleh hubungi mereka melalui:-

Alamat :-

  • Ibu Pejabat Hijrah Selangor
    Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Talian :-

  • +603 5519 1692

Faks :-

  • +603 5510 1349

Email :-

  • admin@hijrahselangor.com

Semoga perkongsian artikal Permohonan Pinjaman Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor dapat meringankan dan memberi manfaat kepada penjaja-penjaja atau peniaga kecil di Selangor.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress