Permohonan Program Subsidi Upah Perkeso | Kita sedia maklum kebelakangan ini ramai syarikat-syarikat swasta terjejas dan pekerja turut merasa. Oleh itu Perdana Menteri Malaysia telah mengumunkan penambahan dana khas bagi Perkeso dibawah Pakej Prihatin PKS. Bagi meringankan beban majikan Perusahaan Kecil Serdehana (PKS) di atas penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Pada mulanya pihak majikan hanya boleh menuntut sebanyak RM600 sahaja bagi setiap pekerja atau staf mereka, PM mengumunkan yang terkini Kadar bayaran ini telah dinaikkan kepada RM 1,200 bagi meringankan dan membantu majikan membayar upah kepada pekerja. Yang sedemikian, kadar boleh dituntut bergantung kepada hanya beberapa faktor seperti bilangan pekerja sesebuah perusahaan sahaja. Program subsidi upah perkeso akan berkuat kuasa pada 1 April 2020.
Untuk Melihat Garis Panduan sila klik link di bawah ini:-
- Untuk syarikat mempunyai maksima 75 pekerja , syarikat boleh memohon menerima subisidi upah sehingga Rm 1,200 bagi setiap pekerja.
- Untuk Subisidi RM800 adalah syarikat yang hanya punyai bilangan 76 hingga 200 pekerja sahaja.
- Untuk Subsidi RM600 layak untuk syarikat yang hanya punyai lebih 200 pekerja. Bilangan untuk pekerja yang layak telah dinaikkan juga dari 100 kepada 200 orang.
Syarat-syarat Kelayakan Memohon Subsidi Upah Perkeso
- Untuk Pekerja Warganegara Malaysia sahaja
- Hanya syarikat berdaftar dan juga telah membayar caruman SIP Perkeso EIS
- Harus gaji pekerja di bawah RM 4,000 sahaja
- Majikan mesti membuat akuan syarikat telah mengalamani penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula pada Januari 2020.
*Nota kaki – Program subsidi ini bukan bagi mereka yang telah diberhentikan kerja tetapi untuk mereka yang telah diberi notis cuti tanpa gaji.
Permohonan Subsidi Upah Perkeso
Anda boleh layari laman web rasmi perkeso klik link di bawah:-
klik – PERKESO
Hanya majikan sahaja yang boleh membuat permohonan
Dokumen Wajib Diperlukan
Dibawah ini terdapat senarai dokumen yang perlu sediakan oleh majikan untuk memohon Program Subsidi Upah ini.
Semoga perkongsian Permohonan Program Subsidi Upah Perkeso ini dapat membantu majikan-majikan diluar sana dalam menguruskan pekerja masing-masing.