Permohonan Rayuan BKM Secara Online 2 MEI – 2 JUN 2022

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan mula dibayar bermula 28 Mac 2022 bagi peneirma yang mempunyai akaun bank.

Kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan disalurkan mulai 30 Mac 2022 dimana bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 akan diterima berdasarkan kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan.

Pemberian bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

Baca Juga : Bantuan Secara Automatik RM700 Yang Anda Akan Terima Bulan Mac

Permohonan Rayuan BKM

Bagi pengetahuan anda, mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia, atau mendapat status TIDAK LULUS BKM, masih lagi boleh membuat rayuan.

Permohonan rayuan akan dibuka secara atas talian (online) bermula 2 Mei 2022.

Sila tekan pautan untuk melakukan permohonan KLIK DI SINI

Sila pastikan anda telah menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula oleh LHDN.

Anda juga boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.

Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:

    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk melakukan rayuan bantuan BKM 2022

    1. Sila Klik Link Rasmi Rayuan BKM 2022 di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Default.aspx.
      Untuk makluman Permohonan dan Semakan Rayuan BKM masih belum di buka. Ini adalah panduan Bantuan BPR 2021 sebelum ini. Pihak kami akan kemaskini panduan ini jika Rayuan BKM 2022 di buka dan di umumkan.
    2. Sila klik [LOG MASUK BKM].
    3. Anda dikehendaki memasukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
    4. Sila Klik [Semak].
    5. Sila Klik [Ya] Kata Kunci Keselamatan anda.
    6. Sila masukkan Kata Laluan/Password MyBKM anda.
    7. Sila Klik [Log Masuk].
    8. Anda akan berada di Laman Utama myBKM.
    9. Untuk Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022, sila Klik [Permohonan Rayuan]. Belum diumumkan dan belum dibuka. Panduan ini Bantuan BPR sebelum ini. Kami akan update di channel telegram jika di umumkan.

Tarikh rayuan BKM

Permohonan rayuan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.

Langkah Melakukan Rayuan BKM

Permohonan rayuan boleh dilakukan secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/

Kelayakan BKM 2022

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah:

    • i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

    • ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

    • iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarangh pertanyaan lain atau memerlukan maklumat lebih lanjut berkenaan rayuan BKM 2022, sila rujuk saluran di bawah.

  • Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Hotline MoF : 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  • Sila Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM yang berdekatan dengan anda.

Baca Juga : BKM Fasa 1 : Jadual Penuh Pembayaran BKM Kategori Bujang 2022

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress