Permohonan Rumah Sewa PPR RM120 Sebulan Khas Untuk Golongan B40

Permohonan Program Perumahan Rakyat PPR

Untuk makluman dan pengetahuan anda, Penubuhan Program Perumahan Rakyat merupakan penempatan bagi mereka yang mempunyai berpendapatan rendah (B40). Rumah sewa PPR adalah untuk keperluan tempat tinggal khas kepada golongan B40. Permohonan masih lagi dibuka untuk setiap negeri, jadi kepada sesiapa yang berminat, peluang masih lagi terbuka untuk membuat permohonan.

Kategori Program Perumahan Rakyat PPR

PPR Disewa

Program Perumahan Rakyat disewa kepada golongan yang berpendapatan rendah iaitu RM120 sebulan.

PPR Dimiliki

Program PPR Dimiliki ini ditubuhkan bagi memberi peluang kepada golongan yang mempunyai berpendapatan rendah untuk memiliki rumah mereka sendiri. Harga adalah RM35,000 seunit di semenanjung Malaysia. Untuk Sabah pula RM42,000 seunit.

Baca juga: GKP 4.0 Mula Dibayar Esok! Jumlah Bayaran & Semakan Status

Kriteria Rumah Sewa PPR

Rumah-rumah dalam Program ini mempunyai reka bentuk yang sama dimana kriteria ini telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan .

    • Jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat untuk kawasan bandar
    • Jenis yang rumah teres untuk kawasan pinggir bandar
    • Keluasan rumah tidak melebihi 700 kaki persegi
    • Binaan rumah –  terdapat 3 bilik tidur , 2 bilik air , 1 ruang tamu  dan 1 ruang dapur

Keperluan Asas

    • Dewan Komuniti
    • Taman Permainan
    • Kemudahan OKU
    • Tadika
    • Surau
    • Rumah Sampah

Kesemua projek PPR yang telah dijalankan di setiap negeri boleh dirujuk dilaman rasmi program ini. KLIK DISINI

Kelayakan Permohonan Program Rumah PPR

Sila rujuk syarat kelayakan di bawah bagi membuat permohonan :

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 18 tahun dan ke atas
    • Pendapatan isi rumah mestilah kurang daripada RM3,000 dan ke bawah sahaja
    • Syarat yang lain-lain yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

Langkah Permohonan Program Rumah PPR

Permohonan Secara Manual

Kepada sesiapa yang ingin membuat permohonan secara manual, sila hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri disini KLIK DISINI 

Permohonan Secara Online

Sila layari laman web rasmi TEDUH KLIK DISINI

Maklumat Lanjut Program Rumah PPR

Sila rujuk gambar di bawah untuk sebarang maklumat lanjut:

rumah ppr

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress