Seperti yang anda sudah maklum, BKM merupakan bantuan tunai daripada Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bertujuan meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Kelayakan
Pemohon adalah layak menerima BKM sekiranya mereka memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah:
-
- i. Isi Rumah
-
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
-
- ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
-
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
-
- iii. Bujang
-
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
-
- i. Isi Rumah
Sila rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:
Jumlah Bayaran BKM Yang Diterima Berdasarkan Kategori
Untuk makluman, jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum dan pemberian bantuan tunai langsung ini akan dilakukan secara bersasar.
-
- Isi rumah (<RM2,500)*: RM1,000 – RM2,000
- Isi rumah (RM2,501 – RM5,000)*: RM400 – RM800
- Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000)*: RM500 tambahan
- Warga Emas (<RM5,000)*: RM300 tambahan
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000)*: RM600
- Bujang (<RM2,500)*: RM350
*(Pendapatan Bulanan)
Jadual di bawah menunjukkan pembayaran berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Kadar bantuan tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti di bawah:
-
- Jumlah tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Jumlah tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Untuk pengetahuan semua juga, data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak mendapat kelulusan bantuan atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk proses verifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod pemohon di dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Sila tekan pautan untuk melakukan kemaskini maklumat anda ataupun sekiranya ada yang mahu membuat permohonan secara online KLIK DI SINI
Kemaskini Maklumat BKM
Untuk penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC), sila lakukan kemaskini maklumat di bawah sekiranya ada perubahan.
-
- Status Perkahwinan
- Bilangan Anak
- Jumlah Pendapatan
Di bawah adalah senarai dokumen yang perlu dimuatnaik:
-
- Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai
- Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak
- Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru
Kepada pemohon yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, sila login untuk memastikan permohonan anda wujud dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.
Tempoh Kemaskini : 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022
Sila lakukan kemaskini dalam sebelum tempoh yang telah ditetapkan untuk memudahkan pihak kerajaan untuk membuat pembayaran bantuan BKM ini.
Langkah Kemaskini Maklumat BKM
Sila rujuk langkah di bawah untuk melakukan kemaskini maklumat anda dalam sistem BKM:
-
- Sila layari laman web BKM dengan menekan pautan KLIK DI SINI
- Sila tekan butang “Log Masuk“
- Selepas log masuk, tekan “Kemaskini Permohonan“
- Sila masukkan No. MyKad dan tekan “Semak“. Kemudian sila isi semua maklumat yang bertanda (*). Tanda ini merupakan maklumat yang wajib diisi.
- Tekan “Teruskan“
- Sila isi Kod Captcha dan tekan “Sahkan Captcha“
- Sila tandakan Perakuan Pemohon. Kemudian tekan butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan
Tempoh Semakan Status BKM / Kemaskini
Untuk makluman semua, tempoh semakan status BKM belum lagi diumumkan oleh LHDN / Menteri Kewangan.
Akan tetapi tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM sudah boleh dilakukan mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan sahaja).
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.
Tarikh pembayaran yang pertama akan dijangka bermula pada bulan Mac 2022.
Kaedah Pembayaran BKM
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini. Kaedahnya adalah seperti berikut:
A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank
-
- Berjaya Kredit
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Gagal Kredit
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
- Berjaya Kredit
B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank
-
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Senarai Borang Yang Diperlukan Untuk BKM 2022
Di bawah adalah senarai borang yang anda mungkin perlukan. Muat turun borang yang diperlukan sahaja.
-
- KLIK DI SINI – Borang Permohonan BKM_2022
- KLIK DI SINI – Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan_BKM
- KLIK DI SINI – Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok_BKM
- KLIK DI SINI – Borang Serahan Dokumen Sokongan_BKM
- KLIK DI SINI – Borang Pembatalan Permohonan_BKM
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan BKM. sila rujuk saluran di bawah untuk menghubungi pihak BKM:
-
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- KLIK DI SINI – Untuk mendapatkan talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Sila tekan pautan untuk maklumat-maklumat lebih terperinci mengenai bantuan BKM seperti di bawah:
-
- KLIK DI SINI – Soalan Lazim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM_2022)
- KLIK DI SINI – Info MyBKM
- KLIK DI SINI – Info Permohonan Baharu dan Kemaskini maklumat anda BKM
- KLIK DI SINI – Info Wakil bagi pemohon BKM
Baca Juga: 4 Barang Keperluan Ini Akan Turun Harga Awal Tahun Januari