Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online
Surat beranak atau sijil kelahiran merupakan dokumen penting yang perlu disimpan sejak kecik selepas didaftarkan sehinggalah anda dewasa. Dokumen ini sangat penting kepada setiap orang kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan di masa hadapan.
Namun ada juga orang yang terhilang dokumen penting ini akibat daripada pelbagai faktor contohnya hilang akibat dicuri, akibat banjir, kebakaran dan macam-macam lagi. Tidak perlu panik kerana anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan sijil kelahiran anda yang hilang daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online.
Kelayakan Pemohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang
Permohonan boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai syarat-syarat di bawah:
-
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport
- Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran
- Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran
- Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran
- Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran
- Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
- Firma Guaman
- Badan Berkanun
- Agensi kerajaan
Baca juga: Cara Set Semula Password BPR 2021 Jika Anda Terlupa
Proses Pendaftaran
-
- Sila layari portal JPN https://www.jpn.gov.my/my/
- Sila tekan pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian.
- Pemohon akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran.
- Bagi pemohon baru (yang belum pernah mendaftar), sila tekan butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun, tekan butang “Log Masuk”.
- Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
- Pengguna mesti mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
- Setelah selesai mendaftar, pemohon akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
- Sila tekan butang yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
- Pemohon akan dibawa ke halaman menetapkan kata laluan baru.
Log Masuk Ke Dalam Akaun Baharu
Pemohon boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas.
-
- Di bahagian log masuk, sila masukkan nombor MyKad atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan.
- Pemohon kemudian akan di bawa ke laman utama sistem.
Proses Permohonan Sijil Kelahiran
-
- Pemohon mesti membaca terma & syarat yang telah ditetapkan oleh JPN
- Sekiranya penohon bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, sila tekan butang SETUJU di hujung halaman untuk meneruskan permohonan.
- Pengguna perlu memilih kategori permohonan (pemilik atau waris). Waris terdiri daripada golongan Ibu bapa,adik-bradik atau pasangan.
- Sekiranya pemohon adalah “Pemilik”, sila lengkapkan borang permohonan yang dipaparkan.
- Sekiranya penohon adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan.
- Setelah selesai mengisi, pemohon akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan telah berjaya.
- Sila cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya. Sekiranya permohonan gagal, sila hadir segera ke kaunter JPN yang berdekatan.
Maklumat Lanjut
-
- Sekiranya anda mempunyai soalan lain sila buat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) di halaman ini KLIK DISINI
- ATAU anda boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan JPN di saluran berikut:
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288 - Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan ini KLIK DISINI