Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bagi Yang Gaji RM1000 Dan Tiada Slip Gaji!

Apa Itu SJKP ?

Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) adalah satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap. Skim ini juga meliputi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

Sila layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan SJKP 2021 :

    1. Mereka yang bewarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
    2. Mereka yang berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
    3. Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
    4. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
    5. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
    6. Daripada pendapatan kasar, pembayaran bulanan kesemua pinjaman melebihi 65%.
    7. Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
    8. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Senarai Institusi Kewangan

Berikut adalah senarai institusi yang terlibat dengan SJKP ialah :

    1. Affin Bank, Affin Islamic
    2. Maybank, Maybank Islamic
    3. Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
    4. Bank Muamalat
    5. Bank Rakyat
    6. Agro Bank
    7. AmBank Group
    8. AmIslamic Bank
    9. Bank Islam BSN
    10. Hong Leong Bank
    11. Hong Leong Islamic Bank

Permohonan

Ini adalah proses permohonan skim :

    1. Dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
    2. Mendapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
    3. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
    4. Sediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
    5. Bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
    6. Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Maklumat & Pertanyaan

Sebarang maklumat mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), anda boleh hubungi di saluran berikut :

    • Telefon : 03-2096 5000
    • Faks : 03-2096 5090
    • Emel : enquiry@sjkp.com.my

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress