Perodua Bezza – 5 Sebab Kenapa Anda Harus Beli Bezza

Perodua Bezza merupakan sebuah model sedan keluaran pertama Perodua Malaysia. Semenjak di keluarkan, Bezza mendapat permintaan tinggi.

perodua-bezza

Malah, ia merupakan salah satu model Perodua yang mendapat permintaan tinggi di dalam negara kita. Berada di dalam segmen A dan bersaing dengan kereta segmen A yang berada di dalam pasaran automobile negara kita, nyata ia bukanlah satu masalah buat perodua. Ini  kerana, semenjak di keluarkan sehingga ke hari ini perodua bezza masih mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sebab Apa Anda Harus Membeli Perodua Bezza?

Sebab apa anda harus membeli perodua Bezza?

Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk membeli kereta sedan, Perodua Bezza adalah salah satu model yang patut di pertimbangkan. Ini kerana, dengan harga yang di tawarkan dan teknologi yang terdapat padanya, menjadikan ia sebagai salah sebuah model yang terbaik buat anda. Terutama sekali, buat mereka yang mempunyai keluarga kecil. Ada beberapa sebab kenapa anda harus membeli perodua bezza. Antara sebabnya ialah:

1- Sangat Jimat Minyak

Ini adalah sebab utama kenapa anda yang membeli perodua bezza. Perodua bezza sangat terkenal dengan kereta yang sangat jimat minyak. Dengan penjimatan minyak yang sangat tinggi, ia menjadikan perodua bezza sangat sesuai untuk di gunakan bagi kegunaan harian dan untuk perjalanan jauh. Terutama sekali bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Justeru itu, dengan penjimatan minyak yang tinggi ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kewangan kita juga.

2- Lampu Depanya LED

Selain itu, satu lagi kelebihan Bezza ialah lampu depanya adalah LED dan ia telah di tawarkan pada semua varian bezza. Dengan lampu LED yang di tawarkan pada pada semua varianya, membuatkan ia lebih menonjol dan menampakkanya ala-ala sporty. Justeru itu, ssiapa yang memakainya nampak lebih bergaya.

Baca Juga: iStudent-Cara Login Dan Daftar Portal iStudent

3- Teknologi Terkini 

Walaupun Bezza merupakan kereta sedan yang berharga murah, tetapi ia menawarkan bermacam teknologi yang moden dan canggih sama seperti kereta sedan segmen A yang lain. Antara teknologi yang di tawarkan ialah:

  • Advanced Safety Assist (A.S.A) 2.0
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Traction Control (TRC)
  • Hill-Start Assist (HSA)
  • Anti-lock Braking System (ABS) with Electronic Brake Distribution (EBD)

4- Bonet Yang Besar

Satu lagi kelebihan bezza ialah ia mempunyai keluasan bonet yang sangat besar. Ia memudahkan kita untuk membawa barang dan mengisi barang dengan lebih banyak. Dengan bonet yang besar, ia memberi kemudahan kepada kita terutama sekali jika hendak membawa yang banyak sewaktu bercuti dan sebagainya.

5- Harganya Yang Murah Dan Berpatutan

Selain dari kelebihan yang admin sebutkan di atas, satu lagi sebab kenapa Bezza menjadi pilihan ramai adalah kerana harga yang di tawarkan adalah murah. Dalam segmen A perodua antara model dalam segmen A yang menawarkan harga yang murah dan berpatutan. 

Sumber Rujukan: Website Rasmi Perodua Malaysia

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress