Awal Penemuan Buah Termahal Oleh Petani
Buah termahal daripada Sankalp Singh Parihar, seorang petani yang berasal dari India tidak pernah menyangka yang usahanya sejak empat tahun lalu akan membuahkan hasil mewujudkan sejenis mangga termahal di dunia. Petikan dari Vice Asia pada Sabtu, 19 Jun 2021, menyatakan yang Parihar sedang menuju ke kota Chennai demi untuk mencari benih kelapa dari baka hibrida.
Sepanjang dalam perjalanannya ke Chennai menaiki keretapi, Parihar telah berbual dengan seorang pemuda yang duduk bertentangan dengannya. Pemuda tersebut tahu yang Parihar merupakan seorang petani jadi dia telah memberikan tawaran kepada parihar dengan menjual pohon mangga kepada Parihar dengan harga hanya 2,5 ribu rupee (Rp488 ribu).
Oleh kerana tidak mahu terlalu memikirkan tawaran tersebut, Parihar yang tinggal di kota Jabalpur telah bersetuju untuk menerima tawaran pemuda tadi dengan membeli pohon mangga tersebut. Parihar memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu jenis baka mangga yang dibelinya itu tetapi dia menamakannya sebagai Damini iaitu nama ibu Parihar sendiri dan kemudian menanamnya.
Baca juga: Kabinet Mertua Runtuh, Menantu Buat Kerja Awal Pagi
Jelas Parihar, dia menanam manga tersebut seperti tanaman lain yang dia tanam. Akan tetapi sesuatu yang indah telah berlaku dihadapan matanya setelah beberapa bulan kemudiannya, dia menyaksikan pohon manga tersebut tumbuh mekar dan berkembang dengan warna kemerahan yang sangat cantik.
Cerita mengenai Parihar memiliki mangga berwarna merah dari jenis baka yang tidak diketahui dikebunnya itu kemudiannya tersebar luas sehingga dia didatangi oleh peniaga-peniaga yang datang dari kota Surat dan juga Mumbai.
“Apabila peniaga-peniaga yang datang telah menawarkan harga untuk membeli mangga tersebut dengan jumlah lebih dari 21 ribu rupee (Rp4,1 juta), saya seakan menyedari yang pohon mangga yang tumbuh subur di kebunnya itu merupakan sesuatu yang amat berharga,” ujar Parihar.
Mangga istimewa yang secara kebetulan dibeli oleh Parihar di dalam keretapi dalam perjalanannya ke Mumbai beberapa bulan lalu sebenarnya merupakan mangga dari jenis baka Miyazaki Jepun dimana mangga ini adalah sejenis buah termahal di dunia.
Mangga Miyazaki Buah Termahal Di Dunia
Mangga Miyazaki ini juga dikenali dengan nama “Telur Matahari,” yang selalunya boleh dijumpai di ladang-ladang tertentu di negara Jepun. Menurut laporan media tempatan Jepun, satu kotak yang berisi dua buah mangga Miyazaki ini dijual dengan harga sebanyak setengah juta yen (Rp66 juta) pada 2019.
Secara puratanya satu mangga Miyazaki ini berharga 50 dolar Amerika Syarikat (AS) (Rp724 ribu) serta dianggap sebagai satu pembelian yang mewah. Agak memeranjatkan, pembelian akan disertakan dengan coklat premium bar sebagai hadiah dari setiap pembelian.
Mangga Miyazaki memiliki kulit luar yang berwarna merah tua. Ketika memakan dan mengunyah buah ini, teksturnya agak lembut di mulut dan mempunyai rasa yang sangat manis. Menurut Parihar, isi mangga tersebut adalah seperti agar-agar, mempunyai warna yang memukau manakala kulit mangga boleh sahaja dimakan.
Manggi istimewa ini berasal dari kota Miyazaki di Pulau Kyushu, ditanam dalam keadaan yang sangat ketat dan terkawal dengan kualiti penjagaan yang teliti bagi memastikan buah mangga yang terhasil dari poko mangga tersebut mempunyai kandungan gula sebanyak 15 peratur dengan berat minimum 350 gram. Para petani Jepun kebiasaanya akan membalut atau melingkarkan pohon mangga dengan menggunakan kain dari jenis jaringan kecil di dalam sebuah rumah kaca yang dikawal suhunya.
Prosedur penjagaan yang amat teliti Ini adalah untuk memastikan agar pokok mangga mendapat cukup bekalan cahaya matahari untuk menghasilkan kulit mangga berwarna kemerahan yang khas. Mangga akan jatuh ke dalam jaring apabila sudah matang dan manis.
Matlamat Petani Kepada Penduduk
Parihar juga menjelaskan yang mangga boleh tumbuh secara organik di dalam iklim negara India yang sejuk dan lembap tanpa memerlukan perhatian teliti. ” Saya pada mulanya tidak tahu jenis baka mangga ini jadi saya menanamnya seperti tumbuhan biasa lain contohnya alphonso,” jelasnya.
Buat masa ini, Parihar mahu baka mangga yang termahal di dunia ini mudah didapati serta dapat ditanam oleh para petani di India.
“Saya mempunyai Visi untuk mangga ini mampu dibeli oleh setiap rumah di India. Buah mangga Miyazaki ini mahal di Jepun kerana ditanam dengan cara yang agak teliti membuatkan harganya menjadi mahal manakala di India, kami akan dapat menanamnya dengan cara mudah mengikut iklim di India”, ujarnya lagi.
Parihar buat masa ini telah Berjaya mendapatkan hasil lebih kurang 52 buah mangga di kebunnya. Walaupun terdapat tawaran hebat dari peniaga-peniaga luar, tetapi Parihar dan isterinya Rani telah menetapkan untuk tidak menjual buah-buahan tersebut. “Hasil daripada pokok ini merupakan bayi kami dan fokus kami buat masa ini adalah untuk terus menanam nya serta menggunakan biji buah tersebut untuk menanam pokok yang baru,” terangnya lagi.
Pasangan tersebut bercadang untuk terus menanam baka mangga istimewa ini dengan banyak di kebun mereka. Oleh kerana risau sekiranya terjadi kecurian, Parihar telah mendapatkan perkhidmatan pasukan sembilam ekor anjing dan tiga orang penjaga untuk menjaga serta mengawal kebun mangganya. Ini kerana Parihar berpendapat dia lebih sanggup mengeluarkan wang untuk keselamatan kebunnya supaya keselamatan kebunnya terjamin.