Photographer bimbang akan penampakan awan yang menggerunkan sebelum matahari terbenam.

Terkini viral mengenai penampakan awan yang mengerikan di Australia. Foto itu diambil oleh seorang jurufoto yang dikenali swbagai Jarvis Smallman.

Awan tersebut bebentuk pelik seakan berwajah manusia yang mengerikan bagi siapa saja yang melihatnya seperti ada ‘makhluk’ berbentuk di awan yang sedang memerhatikan manusia di bawahnya.

Beliau (Jarvis Smallman) menangkap gambar awan pelik itu di Hopetoun tepi pantai Australia sebelum matahari terbenam. Dalam foto yang diambil juga menampakkan pelangi di bawah imej berkenaan.

Beliau yang baru berumur 14 tahun itu kagum dengan melihat keunikan awan tersebut serta rasa gembira kerana berjaya menangkap gambar yang hebat.

By far the coolest clouds I’ve seen so far. It was a bit spooky Being watched by the sky – status yang dimuatnaik dalam akaun Instagram jarvis.s.photography

Beliau yang meneliti  awan tersebut berpendapat wajah yang timbul dari awan itu seperti ‘The Joker’. Namun ada juga netizen yang berpendapat awan yang mengerikan itu menyerupai watak ‘Pennywise’ dalam file IT. Jika kita lihat dengan teliti foto yang diambil, memang kelihatan wajah seakan ‘The Joker’ dan ‘Pennywise’ kan.

Foto berkenaan dengan telah menjadi viral apabila turut dikongsikan oleh media-media besar Daily Mail, ABC South West, Perthnow dan banyak lagi portal media tempatan dan antarabangsa.

 

 

 

 

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress