Pindahkan Wang Simpanan ASB Ke Bank Lain | Guna Cara Ini!
Tatkala ekonomi sedang beransur pulih. Rakyat sudah dibenarkan merentas negeri memberi makna tiada had dalam interaksi bisnes dan syarikat mahupun sekecil kecil transaksi.
Bagaimanapun, segelintir rakyat masih sedang berjalan perlahan untuk menstabilkan ekonomi secara individu. Seluruh cara untuk mengeluarkan wang yang mereka ada perlu dimanfaatkan agar
dapat menampung beban kewangan bagi melangsungkan kehidupan. Ini termasuklah memindahkan wang simpanan ASB ke bank lain untuk kegunaan harian.
Cara Keluarkan Duit Simpanan ASB Online Melalui Portal myASNB
Lihat langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:
-
- Daftar sebagai pengguna jika pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.
- Tekan Daftar & isikan maklumat pengguna
- Login seperti biasa bila dah daftar. Masukkan ID & KATA LALUAN.
- Klik pada menu PORTFOLIO
- Klik pada butang TRANSAKSI
- Pilih pada JUALAN BALIK
- Baca & fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
- Isikan jumlah berapa RM yang anda ingin keluarkan duit ASB.
- Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
- Tekan pada butang TERUSKAN
- Klik PERMINTAAN TAC & anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
- Masukkan nombor TAC yang anda terima itu.
- Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin.
- Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.
- Selesai!
Sebelum mendaftar, kepada mana-mana pemegang unit yang masih belum mengemaskini nombor telefon perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.Bawa bersama kad pengenalan.
Dibawah terdapat langkah yang bersifat visual:
Baca juga – Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB
Had dan Kekerapan Pengeluaran ASB Online
-
- Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sahaja untuk sebulan manakala jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
- Kekerapan transaksi dibenarkan hanya sebanyak 3 kali sahaja sebulan.
- Pengeluaran dibenarkan melalui dari akaun sendiri sahaja.
*Sebarang transaksi yang melebihi RM1000 perlu dibuat dicawangan ASB terdekat kerana Had maksimum pengeluaran RM1,000.00.
Waktu Operasi
Waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:
-
- Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
- Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang
Maklumat Lanjut Berkenaan Simpanan Asb
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pengeluaran ASB online, anda boleh menghubungi ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel asnbcare@pnb.com.my.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.