Apa Itu ASB?
Amanah Saham Berhad (ASB) ini telah dilancarkan pada 2 Januari 1990 untuk mengalakkan masyarakat Bumiputera untuk meraih simpanan alternatif. Melalui pelaburan ASB, ia boleh menjana pulangan atau faedah jangka panjang secara konsisten kerana pelaburannya dijamin oleh kerajaan.
Ini bermaksud, pulangan setiap tahun yang diterima adalah konsisten. Harga seunit dana ASB adalah bersamaan RM1.00. Sebagai tambahan, sebarang kos jualan atau yuran penebusan unit ASB ini tidak akan dikenakan caj.
Walaubagaimanapun, ASB terdapat had pelaburan terhad sehingga RM200,000 sahaja. Had tidak digunapakai sekiranya perolehan dividen pelaburan melebihi had pelaburan. Contohnya, had pelaburan adalah sebanyak RM200,000. Dijangkakan pada tahun hadapan setiap pelabur ASB bakal menikmati 10% peratus dividen. Justeru, nilai baharu di dalam akaun adalah sebanyak RM220,000.00. Lebihan RM20,000 tidak dikira melebihi had pelaburan kerana lebihan tersebut adalah merupakan perolehan dividen.
Apakah Syarat kelayakan pelaburan ASB ?
-
- Bumiputera yang merupakan orang Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954.
Kenapa Permohonan Anda Untuk Melabur Ditolak?
-
- Bukan warganegara Malaysia
- Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia
- Bukan Bumiputera/Pribumi Sabah/Pribumi Sarawak/Orang Asli (Bagi tabung unit amanah yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja).
- Gagal mengemukakan bukti dokumen dimana anda ialah bumiputera.
- Gagal memberikan maklumbalas yang diperlukan, selepas surat peringatan dikeluarkan oleh ASB.
Jenis Bank Yang Terlibat Untuk Pelaburan ASB
- Maybank
- ASB Financing
- ASB Financing-i
- Ambank
- Term Financing-i secured by ASB / ASB 2 certificate
- Term Loan ASB / ASB
- Bank Simpnan Nasional
- BSN MyRinggit ASB
- Affin Bank
- Affin ASB/ASB2
- CIMB
- CIMB ASB Financing
- RHB
- ASB Financing
- RHB Easy
- Easy-ASB
Manakala bagi pembelian Dana ASB melalui ejen bukan bank pula adalah melalui Pos Malaysia Berhad. Di dalam era digital revolusi interaksi terkini, kebanyakan bank-bank yang menjual Dana ASB telah menyediakan capaian dalam talian bagi sebarang urusniaga yang melibatkan Dana ASB. Di dalam era pandemik COVID-19 ini, moleklah kiranya kita menggunakan kemudahan tersebut untuk mengelakkan jangkitan virus secara sporadik terutamanya di tempat awam dan terbuka.
Cara pembelian Dana ASB tanpa wang tunai
Pembelian Dana ASB masih boleh dilakukan tanpa wang tunai. Berikut merupakan tiga kaedah yang boleh pelabur lakukan:
-
Pengeluaran dana KWSP
Sekiranya pelabur berumur 18-55 tahun dan pelabur mempunyai sekurang-kurangnya lebihan RM5,000 dari jumlah simpanan asas Akaun 1 pelabur, pelabur boleh mengeluarkan sehingga 20% dari lebihan simpanan.
-
Melalui potongan gaji
Anda boleh membuat pelaburan melalui Skim Potongan Gaji PPS (Pelan Pelaburan Sistematik) .
-
Pinjaman ASB
Kebanyakan bank ejen yang diberi kuasa seperti Maybank, BSN, CIMB, AmBank, RHB dan Affin Bank menawarkan pinjaman kepada bumiputera untuk membeli unit ASB.
Beza ASB dan ASB financing (pembiayaan ASB)
Simpanan ASB merupakan simpanan peribadi dan merupakan satu produk pelaburan unit amanah di bawah ASNB. Pelabur yang telah melabur di dalam ASB akan menerima agihan dalam bentuk dividen pada penghujung tahun kewangan semasa. Jumlah dividen keseluruhan yang bakal diperolehi oleh pelabur adalah berdasarkan jumlah semasa simpanan pelabur di dalam akaun ASB. Sebagai contoh, jika kita menyimpan RM500 setiap bulan tanpa sebarang pengeluaran selama setahun, kita akan mendapat dividen berdasarkan dari jumlah simpanan yang terkumpul sebanyak RM6000.
Manakala bagi ASB Financing (ASBF), pelabur akan memperolehi dividen tahunan berdasarkan pembiayaan atau pinjaman yang dibuat dari pihak bank. Kebanyakkan pelabur akan memohon pembiayaan dengan jumlah yang besar dan maksimum iaitu sehingga RM200,000 untuk mendapatkan pulangan dividen yang maksimum.
Dengan jumlah pelaburan bulanan dan nilai dividen tahunan yang sama sebagai contoh dividen dijangkakan adalah sebanyak 10% pada tahun hadapan, pelabur yang menyimpan di ASB simpanan konvensional akan mendapat jumlah keuntungan dividen sebanyak RM600 dan jumlah keseluruhan simpanan sebanyak RM6000. Manakala pelabur yang menggunakan ASBF akan mendapat jumlah keuntungan dividen sebanyak RM22,0
Simpanan ASB | Pinjaman ASB | |
---|---|---|
Saiz pelaburan minimum | Pelaburan minimum RM10 | Pelaburan minimum RM10,000 |
Saiz pelaburan maksimum | Terhad oleh jumlah wang dalam tangan & had pelaburan ASB |
Terhad kepada kuasa pinjaman & had pelaburan ASB |
Pulangan | Tidak bermanfaat tetapi margin lebih tinggi | Pulangan yang dimanfaatkan, tetapi margin yang lebih rendah |
Kos tambahan | Tiada | – Kos pembiayaan (pinjaman ASB) – Yuran dokumentasi dan pengurusan |
Risiko kadar faedah | Tiada | Dipengaruhi oleh perubahan BLR |
Lock-In | Tiada. Boleh menebus unit untuk tunai bila-bila masa. | Lock in period (biasanya 2 tahun dan ke atas) di mana unit yang dibeli menggunakan pinjaman ASB tidak boleh dijual. Tetapi pelabur boleh mengeluarkan tunai dari dividen tahunan. |