Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Permohonan Pinjaman Perumahan LPPSA secara Online

Permohonan Pinjaman Perumahan LPPSA secara Online | Peringatan!! Pekerja Sektor kerajaan anda boleh membeli rumah dengan membuat pinjaman perumahan LPPSA. LPPSA dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang telah menyediakan pembiayaan atau bantuan khas pinjaman sehingga RM700,000.

Dengan adanya bantuan khas pinjaman perumahan LPPSA ini dapat memberi peluang penjawat awam memiliki rumah idaman sendiri. Ayuh! dan jangan berlengah lagi, teruskan membuat permohonan pinjaman perumahan yang diberi khas kepada penjawat awam ini.

Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Permohonan Pinjaman Pembiayaan Perumahan Kerajaan LPPSA secara Online

Pada 1/4/2019 yang lalu, Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) akhirnya menaiktaraf Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) untuk jadikannya lebih efisyen dan mesra pengguna. Selain itu ia membantu dan memberikan peminjam mengakses serta memantau akaun yang dipinjam tidak perlu lagi hadir ke kaunter LPPSA atau menelefon pihak mereka.

KELEBIHAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

1. Anda boleh membuat Pinjaman Perumahan sehingga 100% .

  • Sebagai Contoh Loan LPPSA : Harga rumah yang dibeli RM 200,000. Jumlah pembiayaan perumahan anda dapat sehingga RM 200,000.
  • Sebagai Contoh Loan Bank : Harga rumah yang dibeli RM200,000. Jumlah pembiayaan maksimum anda dapat sehingga 90% iaitu RM 180,000. Yang selebihnya anda harus membayar dengan bayaran deposit.
  • Kesimpulan disini : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 200,000 iaitu RM 20,000.

2. Kelebihan seterusnya, Kadar Faedah/Interest 4% tetap

  • Loan LPPSA : 4% Interest/Kadar Faedah Setahun.
  • Bagi Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank juga bergantung pada harga rumah tersebut. Semakin tinggi harga rumah yang anda beli, semakin rendah kadar faedah bank dikenakan kepada peminjam.
  • Kadar Bank juga bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)
  • Kesimpulannya : Kadar Faedah Loan LPPSA lebih rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.

3. Untuk tempoh pinjaman (loan tenure)

  • Bagi Loan LPPSA : Pinjaman boleh dibuat selama 30 tahun untuk rumah LPPSA pertama, 25 tahun pula untuk rumah LPPSA kedua dan anda boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan ini sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun. Itu kelebihan penjawat awam.
  • Untuk Loan Bank : Pinjaman boleh membuat pinjaman selama 35 tahun dan had umur pinjaman sehingga usia peminjam 75 tahun.

LPPSA menawarkan tawaran interest atau rate tahuanan yang rendah.

artikel berkaitan : Cara DAFTAR i-Akaun KWSP EPF Secara Online dan Pengaktifan Akaun

Panduan Permohonan Pembiayaan LPPSA secara Online

Bagi yang telah menepati syarat kelayakan, berikut ingin dikongsikan beberapa maklumat berkaitan permohonan pinjaman LPPSA merangkumi pautan serta panduan untuk membuat permohonan sebagai rujukan semua:

  • Klik disini – Borang Permohanan secara Online
  • Untuk bakal peminjam yang masih tiada akaun LPPSA boleh klik DAFTAR
  • Sila lengkapkan semua butiran anda dan klik Daftar
  • Bila siap anda boleh Log masuk menggunakan ID pengguna iaitu No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah anda reka semasa pendaftaran.

Untuk manual pengguna anda bolek klik DISINI

Carta alir proses permohonan pembiayaan LPPSA

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA secara Online

Semoga perkongsian ini dapat memberi sebanyak sedikit pengetahuan dengan jelas tentang permohonan pinjaman perumahan LPPSA. Semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *