CIMS MITI: Bermula 25 Mei 2021, majikan WAJIB melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah ke atas 40% kakitangan mereka, tidak kira bahagian atau unit seperti yang ditetapkan oleh SOP PKP 3.0 (dikemaskini).
Sekiranya syarikat anda tidak dikategorikan di bawah Senarai Negative List di dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my syarikat anda boleh beroperasi dengan kapasiti pekerja seperti yang disebutkan di atas.
Infografik
Apa Itu CIMS MITI?
Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.
Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa salinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oelh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan.
Syarikat berdaftar bersama MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) menggunakan pautan https://notification.miti.gov.my
Adakah Syarikat Dibenarkan Beroperasi Ketika PKP 3.0 Dilaksanakan?
Syarikat perkilangan dan perkhidmatan berkaitan serta rantaiannya dibenarkan beroperasi seperti biasa termasuk bagi syarikat yang mempunyai penggiliran pengoperasian 24 jam.
SOP bagi sektor perkilangan di bawah tanggungjawab MITI boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi MITI di www.miti.gov.my
Kerajaan telah menetapkan kapasiti kehadiran pekerja sebanyak 60% bagi satu lokasi (onsite) dan 40% lagi perlu melaksanakan amalan Bekerja Dari Rumah (BDR), manakala kapasiti penumpang bagi kenderaan pekerja adalah 50%.
SOP MITI Terkini (Berkuasa 25 Mei)
Sila rujuk SOP MITI terkini yang akan berkuatkuasa mulai 25 Mei 2021: klik DISINI
Permohonan Kebenaran Beroperasi MITI Dalam Tempoh PKP 3.0
Syarikat di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu CIMS tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP 3.0.
Surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat.
Bagi syarikat-syarikat sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dan surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.
Sila rujuk panduan mendapatkan surat kebenaran MITI untuk pergerakan rentas negeri atas tujuan kerja.
Tatacara Kemaskini Pekerja Dalam Sistem CIMS MITI
Majikan perlu cakna untuk mengemaskini sekiranya terdapat perubahan senarai pekerja.
Sila rujuk langkah berikut:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan PKP 3.0 bagi sektor Perkilangan Dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan rantaiannya boleh diajukan kepada:
Hotline: 03-6208 4949
Emel:
- covid19hotline@miti.gov.my (pertanyaan am)
- covid19aduan@miti.gov.my (aduan ketidakpatuhan SOP)
- cims@marii.my (isu teknikal CIMS)
Rujuk SOP Penuh MITI (dikemaskini 24 Mei 2021):
Bagi sektor selain sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan dan rantaiannya, sila rujuk kepada Kementerian & Agensi yang berkaitan melalui e-book direktori ini di https://bit.ly/2QzVH2T