PMO : Fakta saham Public Mutual yang perlu anda tahu 

PMO merujuk kepada istilah popular yang sebahagian kita akan secara mudah dan cepat mengaitkannya dengan istilah unit saham amanah popular – Public Mutual. 

PMO itu sendiri lebih merujuk kepada portal public mutual, iaitu Public Mutual Online.

 

Apakah PMO?

PMO atau Public Mutual Online ialah kemudahan dalam talian yang membolehkan pelabur membuat pertanyaan, transaksi  dan menguruskan akaun dalam talian.

Portal ini dikatakan mampu meminimumkan risiko pelabur daripada mengalami masalah akibat kegagalan perkakasan dan perisian tertentu di Internet ketika membuat urusan pelaburan masing-masing. 

Portal ini dapat diakses di publicmutualonline.com.my.

Antara transaksi yang dapat dilakukan di portal ini ialah menambah pelaburan dan berhubung dengan perunding unit amanah berkenaan.

 

Urusan dalam talian

Ramai mungkin belum tahu atau belum menyedari bahawa transaksi unit amanah ini  sebenarnya dapat dilakukan secara dalam talian, bukan di kaunter semata-mata. 

Untuk bermula, seseorang pelabur perlu mengunjungi pbebank.com terlebih dahulu. Pbebank.com ialah laman web rasmi Public Bank Berhad, iaitu organisasi induk kepada PMO.

Pelabur baru perlu mengisi borang dengan menyertakan salinan kad pengenalan serta mengisi borang permohonan pelaburan.

Bayaran pelaburan pertama boleh dibuat menggunakan cek yang ditulis atas nama ‘Public Mutual Berhad’.

Pelanggan boleh membuat bayaran permulaan dan bayaran tambahan menerusi portal PMO.

Pemegang akaun Public Bank pula boleh membuat tambahan pelaburan secara online di pbebank.com atau di mesin juruwang automatik (ATM) bank itu.

Pendek kata, menerusi PMO, pelabur dapat membeli atau menambah dana baru hanya secara atas talian tanpa perlu pergi ke kaunter bank atau ATM.

 

Pengeluaran ASNB secara atas talian

 

Bagaimana mendaftar di PMO?

Ada beberapa cara untuk mendaftar. Bagaimanapun, antara cara yang lebih mudah ialah dengan membuat pendaftaran di laman Pbebank.com terlebih dahulu. 

Setelah memasuki laman Pbebank.com, anda perlu klik ‘Pelaburan’, seterusnya ‘Pendaftaran Mutual Public Online’ untuk mendapatkan nombor pin. 

Anda mesti mengaktifkan nombor pin ini di portal PMO dalam tempoh 30 hari.

 

Saham amanah itu apa?

Bagaimanapun, sebelum menggunakan kemudahan dalam talian PMO, mungkin beberapa persoalan penting mengenai unit saham amanah masih berlegar dalam fikiran anda.

Untuk itu, perhatikan beberapa fakta penting ini:

  1. Sesiapa sahaja individu berusia 18 tahun dan ke atas layak melabur dalam unit saham amanah.
  2. Saham amanah lebih rendah risikonya berbanding saham jenis lain.
  3. Pelabur yang kurang pengetahuan, pengalaman dan modal juga berpeluang memiliki pegangan saham unit amanah, tidak seperti saham biasa lain.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress