Port Air Terjun Yang Paling Menarik Di Selangor

16 Air Terjun Yang Menarik Di Selangor Yang Anda Perlu Tahu!

1. Air Terjun Yang Menarik iaitu Air Terjun Chilling

air terjun menarik

 

Ia adalah salah satu daripada air terjun yang menarik dan luar bisa. Perjalanaan ke air terjun ini memakan masa kira – kira satu jam melibatkan aktiviti berjalan dan meredah hutan. Air terjun Chilling mempunyai 3 paras air terjun tetapi anda hanya dibenarkan untuk menerokai hingga ke paras yang pertama manakal 2 paras selebihnya tidak dibuka kepada orang awam.

2. Air Terjun Sungai Tua 

 

Ia terletak di Kawasan Perkelahan Hutan Lipur Sungai Tua. Air terjun yang menarik ini sesuai bagi seluruh keluarga. Untuk kanak-kanak, ada sungai yang cetek. Jadi, ia lebih selamat untuk mereka. Di seberang jalan pula ada Taman Rekreasi. Oleh itu, lokasinya dikira amat baik.

3.Air Terjun Kancing

air terjun menarik

Hutan hujan Kanching yang juga dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching terletak di antara Bandar Rawang dan Kuala Lumpur. Terdapat 7 air terjun dengan kolam-kolam kecil. Setiap tingkat ada bezanya. Hendak ke tingkat paling atas memerlukan anda merentasi hutan terlebih dahulu. Tingkat bawah pula amat sesuai untuk keluarga.

4. Air Terjun Komanwel 

 

Air Terjun Komanwel yang terletak di Hutan Rimba Komanwel, berhadapan dengan Hutan Lipur Kanching. Selain itu, Tapak perkhemahan untuk para pengunjung yang ingin berkhemah di sini turut disediakan.  Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak seperti abseiling, berakit dan lain-lain lagi.  Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati kesegaran alam semulajadi yang indah di sini.

5. Air Terjun Perdik

Air Terjun Ulu Perdik merupakan salah satu tempat mandi manda di Selangor yang sememangnya amat best untuk anda yang suka cabaran hiking.  Untuk sampai ke sini, anda terpaksa mendaki sejauh 2.5 kilometer ataupun mengambil masa kira-kira 1 jam. Terdapat kolam air terjun yang sememangnya amat sejuk dan best untuk mandi manda tidak harus anda lepaskan peluang!

6. Air Terjun Sungai Tekala 

Air Terjun Tekala ini berhampiran Empangan Semenyih malah amat terkenal dengan kecantikan air terjunnya yang bertingkat dan airnya tidak deras yang amat sesuai untuk seisi keluarga. Tangga juga telah dibina bagi memudahkan pengunjung untuk mendaki ke puncak air terjun ini.

7. Air Terjun Sungai Congkak 

Air Terjun Sungai Congkak merupakan satu lagi destinasi air terjun yang menarik boleh diakses dari Kuala Lumpur. Juga dikenali sebagai Congkak Park dan Resort yang dikendalikan oleh Bandan Pelancongan Selangor. Air terjun ini juga tidak jauh dari beberapa lokasi air terjun sekitar Hulu Langat yang turut tidak kurang menariknya untuk dijadikan lokasi berkelah pada hujung minggu.

8. Air Terjun Kubang Gajah

Jeram Kubang Gajah ini lebih dikenali sebagai Air Terjun Sofea Jane di kalangan penduduk kampung setempat kerana artis Sofea Jane yang pernah melakukan penggambaran filem di sini. Air terjun ini terletak tidak jauh dari Kampung Kemensah. Untuk anda yang gemarkan aktiviti-aktiviti fizikal, terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan. Di antaranya adalah trekking, perkhidmatan ATV dan berbasikal.

Terdapat lebih 60 tempat menarik di selangor!

9. Air Terjun Sungai Gabai 

Iaterletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat dan ia mengalir dari Gunung Besar Hantu yang terletak di Negeri Sembilan. Kawasan rekreasi tersebut bukan sahaja menjanjikan deruan air terjun dingin, segar dan nyaman tetapi kawasan itu juga dikelilingi dengan kebun buah-buahan tempatan. Air Terjun Sungai Gabai ini dikenali dengan air terjunnya yang mempunyai 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas, semakin tinggi anda pergi, semakin dalam air terjunnya dan semakin cantik pemandangannya. Keindahan alam yang sangat cantik juga sesuai untuk aktiviti photografi dan videografi.

10. Air Terjun Templer

air terjun menarik

Air Terjun Templer ini sering menjadi pilihan pengunjung yang mencari sesuatu untuk dilakukan pada cuti hujung minggu. Tempat letak kereta yang luas juga disediakan, selain itu, pondok rehat juga ada banyak disediakan untuk para pengunjung.

Gazebo untuk berkelah, ruang privasi untuk anda tukar baju turut disediakan untuk kemudahan anda semua. Terdapat juga jambatan yang dibina untuk keselamatan pengunjung.

Selain itu, ia juga dilengkapi beberapa kemudahan lain, antaranya kedai makan, tapak perkhemahan dan chalet comel untuk anda yang ingin bermalam ditemani deruan air terjun di sini.

11. Air Terjun Serendah 

Templer Kai atau dikenali dengan nama Rekreasi Air Terjun Serendah adalah antara lokasi pilihan para pencinta alam yang popular di daerah Hulu Selangor.  Ia juga terdapat penanda aras bagi menandakan kawasan cetek atau dalam, namun ia dilengkapi dengan taman permainan lengkap pondok untuk berehat. Kesemua kemudahan ini menjadikannya sangat sesuai untuk ibu bapa yang mengutamakan keselamat anak-anak mereka

12. Air Terjun Sendat 

air terjun menarik

Air Terjun Sendat atau Hutan Lipur Sungai Sendat terletak di Jalan Ulu Yam yang menuju ke Batang Kali. Persekitaran air terjun yang dihiasi dengan floral dan fauna yang eksotik serta mempunya 3 tingkat air terjun sudah pasti menjadi daya penarik kepada para pengunjung. Berlainan kedalaman dan keluasan kolam di kawasan ini memberikan kelebihan kepada para pengunjung untuk merasai dan melakukan pelbagai aktiviti mandi manda.

13. Air Terjun Sungai Pisang

https://hikingtheworld.blog/2018/04/14/pisang-falls-sungai-pisang/

Air Terjun Sungai Pisang sangat popular di daerah Gombak terutamanya dalam kalangan pelajar IPT di sekitar Gombak. Tempatnya yang dingin, trek meredah hutan yang sederhana lasak serta ruang bersantai yang cukup mendamaikan adalah daya tarikan utama mengapa pengunjung lebih memeilih untuk menghabiskan sisa-sisa hujung minggu mereka di sini.

14. Air Terjun Lata Makau 

air terjun menarik

Kuala Kubu Bharu (KKB) sememangnya menjanjikan kepuasan yang maksimum buat si penggemar aktiviti lasak dan ekstrem. Jika sebelum ini anda sudah pun mengetahui sedikit sebanyak cabaran dan aktiviti lasak yang perlu diharungi untuk sampai ke kawasan Air Terjun Chilling yang juga terletak di KKB. Kali ini anda bakal berkenalan pula dengan Air Terjun Lata Makau.

Persiapkan mental dan fizikal sebaiknya sebelum ke sini. Ini antara pesanan untuk anda yang merancang ke air terjun Lata Makau. Untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu meredah hutan terlebih dahulu dan perjalanannya mengambil masa kira-kira selama 2 hingga 3 jam.

15. Air Terjun Semangkuk 

Air Terjun Semangkuk bukanlah seluas dan selapang air terjun yang lain. Namun, ia mempunyai daya tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Lokasinya di antara Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser menjadikan lokasi ini sebagai tempat persinggahan wajib bagi pengunjung yang ingin bercuti ke Bukit Fraser.

16. Air Terjun Batu Asah 

air terjun menarik

Air Terjun Batu Asah turut dikenali sebagai Air Terjun Kemensah kerana lokasinya terletak di kawasan Kampung Kemensah, Hulu Klang Selangor. Jadi, jangan keliru bila ada sesetengah yang meyebut Air Terjun Kemensah dan yang lain menggelarnya sebagai Air Terjun Batu Asah kerana ianya lokasi yang sama dengan dua nama yang berbeza.

Kisah mengerikan dron jatuh dalam gunung berapi

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress