PosLaju Send Parcel Sangat Memudahkan Kita

Poslaju adalah perkhidmatan kurier yang sangat terkenal pada masa kini untuk kita membeli barangan secara online atau jika kita hendak pos sama ada dalam atau di luar negeri yang kita tinggal.

Bagi peniaga online pula dengan adanya perkhidmatan poslaju ini ia sangat membantu dan sangat memudahkan urusan penghantaran produk mereka kepada pelanggan mereka tepat pada masa.

poslaju

Jadi, peniaga online tidak perlu pening memikirkan soal penghantaran dan tak perlu keluarkan kos yang besar untuk mengambil staff penghantar produk anda. Di tambah pula dengan wakil dari poslaju boleh datang untuk pickup parcel anda sama ada di rumah atau di premis anda.

Poslaju Mula Memperkenalkan Aplikasi Poslaju Sendparcel Untuk Mereka Yang Hendak Pos Barang Dan Parcel

Apa yang lagi menarik, sekarang ini poslaju ada melancarkan satu aplikasi yang di panggil Poslaju Sendparcel. Dengan adanya Poslaju sendparcel ia sangat memudahkan anda terutama sekali bagi para peniaga online. Jom kami terangkan cara untuk menggunakan Poslaju Sendparcel. Caranya ialah:

  • Daftar Akaun Poslaju SendParcel

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar terlebih dahulu di website rasmi SendParcel. Untuk mendaftar anda tidak perlu risau kerana pendaftaran adalah percuma dan anda hanya perlu mengisi maklumat yang penting sahaja seperti username, password, nama anda, nombor telefon anda.

Selepas itu, anda perlu menekan butang “Register”. Selepas selesai mendaftar akaun, anda boleh login semula dengan menggunakan username dan password yang telah anda daftar tadi.

  •  Mula Memilih Penghantaran

Selepas selesai mendaftar anda akan di bawa ke bahagian dashboard. Di sini, anda boleh melihat segala maklumat untuk penghantaran anda. Untuk membuat penghantaran anda boleh pergi ke bahagian shipment. Selepas itu, anda akan di beri pilihan sama ada Pick-up dan drop off.

Pick-up bermaksud posman akan datang pickup parcel anda mengikut tarikh dan masa yang anda telah tetapkan. Manakala drop-off pula bermaksud anda yang akan menghantar parcel ke kaunter poslaju yang telah di tetapkan tapi pastikan anda timbang terlebih dahulu parcel anda.

Baca Juga: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

  • Isi Maklumat Penghantar Dan Penerima

Kemudian setelah selesai memilih cara penghantaran anda boleh mengisi maklumat penerima dan penghantar. Pastikan anda isi maklumat tersebut dengan betul dan teliti supaya parcel yang anda hendak hantar sampai. Selepas selesai isi maklumat tersebut anda perlu tekan butang “add to cart”.

Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian detail shipment dan jumlah bayaran keseluruhan parcel yang hendak anda hantar. Selepas itu anda boleh teruskan dengan pembayaran. Untuk pembayaran anda boleh memilih segala jenis pembayaran online seperti FPX atau online banking.

  •  Download Ke Semua Consignment Parcel

Ini perkara yang sangat penting dan wajib anda lakukan. Tidak kiralah sama ada anda memilih untuk parcel anda di pick-up atau drop-off anda wajib download ke semua congsingment parcel anda. Ia bertujuan untuk memudahkan psoman untuk menghantar parcel anda kepada pelanggan anda.

Poslaju Sendparcel Menjadi Pilihan Para Peniaga Online Pada Masa Kini

Kesimpulanya, dengan adanya aplikasi seperti ini, ia sangat membantu peniaga online pada masa kini dan menjimatkan masa. Bukan itu sahaja, harganya juga lebih murah. Justeru itu, dengan adanya kemudahan sebegini, anda sudah tidak perlu berhujan panas semata-mata mahu menghantar parcel anda ke kaunter poslaju.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress