PPAM : Cara Mohon Projek perumahan Penjawat Awam Malaysia

Adakah anda seorang penjawat awam? Masih dalam proses mencari rumah pertama dengan harga yang murah dan berpatutan? Sudah pasti anda berasa penat sebab selalu mendapati nilai rumah cantik idaman anda yang kebanyakannya bermula dengan angka yang agak tinggi. Pening bukan? Bukan sekadar itu, anda mungkin jadi buntu. Baiklah, di sini terdapat penyelesaian untuk kebuntuan anda mencari rumah iaitu Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)  dimana ini adalah satu skim rumah mampu milik khas disediakan untuk penjawat awam.

Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 dimana keputusan Jemaah Menteri pada tanggal 30 Januari 2013 dan juga 27 Mac 2013 yang telah bersetuju untuk melakukan satu kajian inisiatif bagi membolehkan penjawat awam terutama yang berpendapatan rendah serta sederhana mempunyai kemampuan untuk membeli serta memiliki rumah terutamanya di bandar-bandar yang utama di Malaysia.

OnViral akan kongsikan maklumat-maklumat permohonan seperti di bawah.

PPAM

Nama Program

Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

Lingkungan Harga Rumah PPAM

Berdasarkan Portal Rasmi PPAM, harga jualan bagi rumah di bawah projek ini adalah dalam lingkungan RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua penjawat perkhidmatan awam yang memiliki kelayakan.

Syarat Kelayakan

  1. Permohonan adalah terbuka kepada penjawat awam yang berkhidmat dalam kategori berikut:-
    • Perkhidmatan Awam Persekutuan
    • Badan Berkanun Persekutuan
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Perkhidmatan Awam Negeri
    • Badan Berkanun Negeri
  2. Kesemua penjawat awam yang bertugas hendaklah menepati syarat berikut :-
    • Warganegara Malaysia
    • Penjawat Awam (Lantikan tetap ataupun kontrak)
    • Penjawat Awam yang telah bersara dan  memiliki skim serta kad persaraan
    • Moratorium 10 tahun disediakan
    • Boleh memohon lebih dari satu projek

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Pemohon mesti melengkapkan borang profil dan borang permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen seperti di bawah:-

    1. Salinan kad pengenalan (depan & belakang)
    2. Salinan kad pengenalan pasangan (jika berkaitan)
    3. Salinan slip gaji terkini
    4. Salinan kad pesara ( untuk pesara dan permohonan anak pesara)
    5. Salinan surat beranak (untuk permohonan anak pesara)

Langkah Permohonan PPAM

    • Selain Putrajaya, semua permohonan hanya boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my. Permohonan bagi projek di Putrajaya pula boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/
    • Permohonan adalah secara atas talian (online). Tiada borang secara manual diperlukan.
    • Sila rujuk manual pengguna di sini: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf
    • Sekiranya anda mahu melihat senarai projek perumahan beserta harga yang dibuka pada masa ini, sila layari portal ini:- (https://www.ppam.gov.my/project/list)
    • Sila semak status permohonan di portal PPAM atau melalui aplikasi mobile. Anda boleh rujuk status-status permohonan seperti berikut:-
      1. Lengkap : Sedang disemak oleh pihak PPAM.
      2. Pengundian Seterusnya : Undian telahpun dijalankan tetapi permohonan belum lagi berjaya mendapat tawaran. Oleh itu, undian semula akan dibuat sekiranya terdapat kekosongan di masa akan datang.
      3. Ditawarkan : Berjaya mendapat tawaran untuk projek memiliki rumah yang telah dipohon.
      4. Tidak Ditawarkan : Permohonan yang tidak lengkap ATAU permohonan yang tidak berjaya dalam Undian.
    • Anda boleh disemak keputusan permohonan selepas tempoh 14 hingga 30 dari hari / tarikh iklan ditutup di laman web rasmi. Keputusan juga adalah tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mahu mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai projek PPAM, sila hubungi pihak PPAM menggunakan beberapa pilihan berikut:-

  1. CAWANGAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA
    BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
    JABATAN PERUMAHAN NEGARA
    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
    Presint 4, 62100 Putrajaya
    Malaysia
  2. No telefon: +603-8891 4280 / 4012 / 4241
  3. E-mail : bantuan.ppam@kpkt.gov.my

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress