Rumah PPR Program Perumahan Rakyat merupakan program milik penuh kerajaan bagi memberi kemudahan kediaman yang selesa bagi golongan B40 di Malaysia.
OnViral akan kongsikan kepada pembaca langkah bagaimana untuk anda membuat permohonan.
Program Perumahan Rakyat PPR
PPR merupakan projek yang dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah KPKT dimana terdapat 2 jenis kategori yang perlu anda tahu iaitu:
-
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
Sebelum anda membuat permohonan anda mestilah tahu syaratnya terlebih dahulu, beberapa syarat ditetapkan bagi program ini dimana ianya terbahagi kepada dua:
Syarat Kelayakan
Skim PPR Dimiliki
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
- Penama yang hendak memohon mestilah belum mempunyai rumah
- Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing
Skim PPR Disewa
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
- Penama yang hendak memohon mestilah belum mempunyai rumah
- Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing
Jangan lupa juga untuk mohon Rumah Kos Rendah Bagi Setiap Negeri.
Ciri-Ciri PPR
Segala reka bentuk rumah PPR adalah berdasarkan spesifikasi perancangan yang telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan untuk perumahan kos rendah. Antara ciri-cirinya adalah:
-
- Kawasan bandar-bandar besar – Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar rumah – Jenis rumah teres
- Keluasan – Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
Kemudahan Asas:
-
- Dewan / Komuniti / Ruang Orang Ramai
- Surau / Ruang Solat
- Gerai Makan / Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan / Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Cara Mohon Rumah PPR
1. Masuk ke laman rasmi KPKT di bahagian pendaftaran SPRN iaitu di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register dan paparan seperti dibawah akan keluar.
2. Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “DAFTAR”.
3. Selesai, sila masukkan emel anda untuk “VERIFIKASI”, klik pada pautan di emel anda untuk masukkan kata laluan.
4. Dah selesai, anda boleh login SPRN seperti biasa.
5. Akan dipaparkan gambar rajah seperti dibawah jika anda berjaya untuk log masuk.
6. Dalam pilihan skim, anda boleh pilih yang mana bersesuaian dengan anda. Lakukan setiap langkah yang diminta hinggalah ke pengesahan dan selesai. (Rujuk panduan penuh Teduh KPKT)
Senarai Projek
Anda boleh buat semakan senarai lokasi projek ppr terkini seluruh negara. Melalui teduh projek terkini contoh seperti gambarajah dibawah ini.
Maklumat Tambahan
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui
-
- Emel : teduh@kpkt.gov.my
- Helpdesk : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk