Program Perantisan: Bantuan RM 800 Kepada Individu Belum Bekerja

Untuk makluman, program yang dikenali sebagai PERANTISAN ini ialah terbuka kepada golongan belia yang belum bekerja untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah ditambah baik. Oleh itu, Program Perantisan PERKESO yang dibawah PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah lebih baik daripada program sebelumnya.

Sebagai contoh, Program Perantisan telah memanjangkan tempoh sehingga 6 bulan untuk memastikan golongan belia mendapat latihan yang mencukupi.

Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini menawarkan insentif sebanyak RM1,000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.

Program Perantisan

Jumlah Insentif & Tarikh Permohonan

Berikut merupakan butiran insentif dan tarikh permohonan mengikut program:

Nama Program

1. Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya2.0)

  • Tempoh Latihan: 3 bulan
  • Jumlah Insentif: RM1,000
  • Tarikh Permohonan: –

2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)

  • Tempoh Latihan: 6 bulan
  • Jumlah Insentif: RM800
  • Tarikh Permohonan: 1 April 2021

3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal)

  • Tempoh Latihan: 3 bulan +3 bulan lanjutan
  • Jumlah Insentif: RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)
  • Tarikh Permohonan: 15 April 2021

Baca Juga: Pembayaran i-Sinar Diawalkan Bermula 1 Jun

Kriteria Permohonan

Untuk para majikan yang mahu memohon, kriteria permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  1. Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18-30 tahun.
  2. Majikan boleh menggajikan mana-mana perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.

Untuk para perantis, kriteria permohonan adalah seperti berikut:

  1. Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
  2. Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Syarat Kelayakan

Selain syarat permohonan, majikan juga perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:

  1. Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  2. Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  3. Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.

Tidak Layak Memohon

Anda tidak layak untuk memohon sekiranya:

  • Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara Malaysia

Tatacara Permohonan

Permohonan untuk majikan:

  1. Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my/
  2. Buat permohonan insentif di laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my/

Untuk Program Perantis pula, mereka boleh memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman web https://www.myfuturejobs.gov.my/

Soalan Lanjut

1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?

  • Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarum dengan PERKESO?

  • Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.

3. Sekiranya perantis tidak dibayar elaun/gaji, kepada siapakah mereka boleh membuat aduan?

  • Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh membuat aduan di PERKESO melalui e-mel penjanakerjaya@perkeso.gov.my.

4. Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya permohonan latihan ditolak?

  • Majikan boleh membuat permohonan semula dengan memilih kursus yang bersesuaian mengikut keperluan industri bagi pertimbangan PERKESO.

5. Adakah majikan / perantis perlu membuat sebarang pembayaran kepada Penyelia Latihan bagi tujuan permohonan latihan?

  • Tidak. Majikan atau perantis tidak perlu membuat sebarang pembayaran kepada Penyelia Latihan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Perantisan PERKSEO Pemerkasa, sila hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau menghantar email perkeso@perkeso.gov.my.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress