Residensi Prihatin : Permohonan Program Rumah Pertama Golongan B40

Program Rumah Pertama Golongan B40

Pengumuman gembira kepada anda golongan B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan yang ingin membeli rumah pertama, kerajaan telah mengumum program perumahan mampu milik dikenali sebagai Residensi Prihatin.

Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengumumkan bahawa sebanyak 40 ribu unit rumah mampu milik akan dibina di sekitar Kuala Lumpur, khas kepada mereka yang lahir, menetap ataupun bekerja di Wilayah Persekutuan sahaja.

Projek ini akan bermula pada tahun 2021 serta dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2024. Permohonan untuk program ini sekarang telahpun dibuka.

Ciri-Ciri Rumah

Program perumahan ini mempunyai kriteria rumah-rumah yang dilengkapi dengan 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik air, dapur, ruang makan, ruang tamu dan juga halaman rumah yang akan dibina mengikut konsep strata (apartment/flat).

Senarai Projek Residensi Prihatin

Lokasi yang dikenalpasti:

    • Rebana – Presint 5 Putrajaya
    • Serunai – Presint 5 Putrajaya
    • Tanjung – Presint 5 Putrajaya
    • Sentral – Presint 7 Putrajaya
    • Cemara- Presint 11 Putrajaya
    • Cengkih- Presint 16 Putrajaya
    • Kenanga – Presint 19 Putrajaya
    • Mawar – Presint 19 Putrajaya
    • Cempaka – Presint 19 Putrajaya
    • Melur – Presint 19 Putrajaya

Sila layari laman web Projek Residensi Prihatin untuk mengetahui harga yang ditawarkan untuk setiap rumah serta spesifikasi setiap projek ini. KLIK DISINI

Baca juga: Permohonan Rumah Sewa PPR RM120 Sebulan Khas Untuk Golongan B40

Syarat permohonan Program Rumah Pertama

Program Residensi Prihatin, rumah pertama ini difokuskan kepada golongan yang berpendapatan rendah sahaja dimana hanya individu yang memenuhi syarat sahaja yang layak memohon. Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

    1. Warganegara Malaysia sahaja
    2. Berumur 18 tahun keatas sahaja
    3. Hanya terbuka kepada pemohon yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
    4. Pendapatan kasar isi rumah: RM5000 ke bawah
    5. Permohonan terbuka untuk rumah pertama sahaja
    6. Sekatan penjualan adalah selama 10 tahun
    7. Pemohon mestilah membuat pendaftaran di portal Residensi Prihatin

 

Langkah Permohonan Program Rumah Pertama

Sila ikuti langkah-langkah dibawah sekiranya anda berminat untuk membuat permohonan:

    1. Sila buat pendaftaran di portal Residensi Prihatin
    2. Sila muatnaik semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang diminta dalam portal.
    3. Tempoh sah laku permohonan hanya selama 1 tahun. Jika permohonan anda tidak dilengkapkan dalam tempoh 1 tahun, permohonan tersebut akan terbatal.

Anda juga boleh membuat semakan untuk status permohonan melalui portal di atas. Kesemua pemohon akan dimaklumkan melalui emel yang telah didaftarkan oleh pihak urusetia program sama ada permohonan anda berjaya ataupun tidak. Anda perlu pastikan alamat emel yang anda masukkan adalah betul.

Baca juga: Umpan Mengena! Pemancing Terkejut Sejurus Tangkapan Melompat.

Maklumat lanjut

Sila rujuk maklumat di bawah dan hubungi pihak urusetia sekiranya mahu membuat pertanyaan lanjut:

Alamat: Urus Setia RESIDENSI PRIHATIN, Bahagian Sosio Ekonomi, Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Kementerian Wilayah Persekutuan, 62100 Putrajaya

Laman Web: https://residensiprihatin.kwp.gov.my/

Waktu urusan : Isnin – Jumaat ( 8.30 pagi – 4.30 petang )
Faks: 03-8889 7640
Emel: urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress