Program Subsidi Upah 4.0 : Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Untuk Pekerja

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah membuat pengumuman bantuan khas untuk pekerja-pekerja di Malaysia dimana bantuan kewangan sebanyak RM600 selama 4 bulan ini telah diwujudkan bertujuan untuk membantu majikan yang terkesan dengan wabak pandemik ini. Program ini dipanggil Program Subsidi Upah (PSU) yang sebenarnya telahpun diperkenalkan oleh pihak kerajaan sejak tahun lepas dan kini sudah ada Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0).

Program Subsidi Upah 4.0

Dalam pakej PEMULIH bagi tahun ini, pihak kerajaan telah mengumumkan PSU 4.0 yang berkuatkuasa dari tarikh 1 Ogos 2021 hingga 30 Oktober 2021.

PSU terbaru ini telah ditambah baik serta telah dibuka kepada lebih banyak sektor dan juga lebih ramai pekerja yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Bantuan Kerajaan Dalam Program Subsidi Upah 4.0

Pihak kerajaan telah meniliti dan menampung bantuan seperti di bawah melalui program ini,  :

    • Pembayaran sejunlah RM600 untuk setiap pekerja yang terlibat
    • Diberikan kepada 500 pekerja untuk setiap majikan
    • Pembayaran adalah untuk tempoh 4 bulan
    • 2 Bulan untuk semua sektor fasa kedua PPN & 2 bulan khas dalam senarai negatif semasa fasa ketiga

Baca Juga : Bantuan RM200 Sebulan Dari JKM Untuk B40 2021

Program Subsidi Upah 4.0

Kriteria Permohonan

Di bawah adalah syarat kelayakan untuk memohon inisiatif ini:

    • Kadar penurunan jualan/ pendapatan tahun 2021 sebanyak 30% atau lebih.
    • Majikan & pekerja perlu daftar/ carum PERKESO sebelum 1 Jun 2021.
    • Majikan mempunyai SSM atau PBT sebelum 1 Jun 2021
    • Tiada had gaji pekerja.
    • Majikan perlu kekalkan pekerja yang tersenarai sepanjang program ini berjalan.
    • Majikan dibenarkan untuk kurangkan gaji atau kurangkan waktu bekerja mengikut persetujuan pekerja.

Langkah Melakukan Permohonan

Untuk pengetahuan semua, hanya majikan sahaja yang boleh membuat permohonan Program Subsidi Upah 4.0 ini.

Permohonan pula hendaklah dilakukan sebelum tarikh 31 Oktober 2021. Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk melakukan permohonan bantuan Program Subsidi Upah:

    1. Sila layari portal permohonan dipautan ini KLIK DISINI
    2. Sila tekan “Permohonan PSU 4.0
    3. Sila taip aktiviti industri perniagaan anda dan kemudian tekan butang “Cari
    4. Sila jawab setiap soalan yang dikemukakan
    5. Sila muat naik dokumen yang diperlukan seperti senarai nama pekerja, maklumat akaun bank majikan (salinan), BRN majikan, Salinan SSM, dan akuan pengisytiharan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkaitan program ini, sila rujuk pilihan sumber di bawah:

    • Talian Khidmat Pelanggan PERKESO: 03-80915400
    • Tekan pada pautan untuk maklumat  KLIK DISINI

Untuk para pekerja, anda boleh menyemak sama ada majikan anda telah lulus permohonan PSU ini dengan melakukan semakan di https://www.myfuturejobs.gov.my/. Pada masa yang sama, anda juga boleh buat semakan untuk berapa ramai pekerja yang telah lulus.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Skim Pinjaman Perumahan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress