Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa bermula 1 Julai 1997. Institusi ini mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Kini ia mempunyai cawangan di setiap hampir setiap negeri di seluruh tanah air
Fungsi PTPTN
Institusi ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu:
- Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada mereka oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Simpanan
SSPN-i and SSPN-i Plus adalah dua jenis skim atau pelan simpanan yang direka untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. Bermula 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS wajib mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Pinjaman
Pembahagian kategori pinjaman pendidikan mengikut peringkat pengajian bagi IPTA/ IPTS/ Politeknik adalah seperti berikut:
PERINGKAT PENGAJIAN | KATEGORI IPT YANG DIBIAYAI |
Diploma Sepenuh Masa | IPTA, Politeknik dan IPTS |
Diploma Separuh Masa | IPTA, Politeknik dan IPTS* |
Diploma PJJ | IPTA |
Diploma Lanjutan | IPTA dan Politeknik |
Ijazah Pertama Sepenuh Masa | IPTA dan IPTS |
Ijazah Pertama Separuh Masa | IPTA dan IPTS* |
Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ | IPTA |
Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ | IPTA |
Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ | IPTA |
Nota : * Pinjaman pendidikan dikhususkan kepada pelajar IPTS di UNITEM, UNITAR, Wawasan Open University dan Asia E University.
Bayaran Balik
Peminjam mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman PTPTN yang dikeluarkan kepadanya. Ini termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan lain-lain bayaran seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman. Peminjam hendaklah mula membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian.
Peminjam tidak perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada PTPTN. Semua peminjam yang gagal membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS).
E-Perkhidmatan
Jika dahulu semua servis perlu dilakukan di kaunter, sekarang tidak lagi. PTPTN dalam membantu memudahkan urusan orang ramai telah menyediakan pelbagai borang dan ruang pertanyaan secara online melalui laman web mereka. Di antara E-Perkhidmatan yang disediakan adalah permohonan pinjaman, semakan, pengeluaran penyata dan juga pembayaran.
Hubungi PTPTN
Untuk maklumat lanjut mengenai PTPTN, anda boleh ke laman web rasmi PTPTN . Anda juga boleh menghubungi mereka secara online melalui Careline mereka di 03-2933000 yang dibuka setiap hari isnin hingga jumaat jam dari 9 pagi hingga 6 petang. Di bawah adalah alamat Menara PTPTN di kuala Lumpur.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare