PTPTN Login: Permohonan Secara Online (Borang & Syarat)

Sudah tentu majoriti dalam kalangan ibu bapa dan pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi dan sebagainya memerlukan pelbagai info yang berkaitan pembiayaan pendidikan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Namun, kos pengajian menjadi masalah utama buat pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Adakah anda golongan yang memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian? Jika ya, OnViral akan kongsikan kepada anda tatacara untuk membuat permohonan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) secara online.

PTPTN

Tahukah anda, Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN yang diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Hal ini kerana kos sara hidup dan pembiayaan yuran pengajian merupakan salah satu faktor yang sering menjadi permasalahan dalam kalangan pelajar. Masalah sebegini yang menjadi punca utama sesetengah pelajar itu tidak mampu melanjutkan diri ke univeristi tempatan pilihan masing-masing. Namun, masalah itu mungkin dapat diringankan dengan wujudnya Skim Pinjaman Pendidikan ini.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Online

Berikut dikongsikan kepada anda cara permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN online termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan cara menghubungi:

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi pinjaman ini:

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
  • Mendapat tawaran ke IPTA / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM) dan berdaftar dengan PTPTN.
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.
  • Baki tempoh pengajian semua membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
  • Tiada penaja lain.
  • Telah membuka akaun SSPN-i.

PENTING

  1. Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam portal permohonan online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman.
  2. Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan pinjaman pendidikan. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran anda untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Tatacara Permohonan Pinjaman Secara Online

  1. Yang pertama, anda perlu membuka akaun SSPN-i terlebih dahulu di mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i.
  2. Selepas itu, anda perlu membeli nombor PIN di mana-mana cawangan kaunter BSN dengan nilai seunit RM5.00 sahaja. Nombor PIN ini perlu disimpan untuk kegunaan semasa membuat permohonan secara online. Tempoh sah nombor PIN ini adalah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian anda.
  3. Seterusnya, anda boleh membuat pendaftaran permohonan secara online menerusi laman web PTPTN (klik SINI).
  4. Setelah selesai permohonan online, anda boleh membuat semakan status permohonan sama ada anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya.
  5. Sekiranya permohonan anda berjaya, anda perlu membuka akaun simpanan bank mengikut panel bank yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN kerana pembiayaan pinjaman anda akan terus dikreditkan ke akaun tersebut.

Jumlah Pinjaman

Bagi jumlah pinjaman, ianya ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

i) Maksimum

  • Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima BSHR (Bantuan Sara Hidup Rakyat).

ii) 75% Daripada Pinjaman Maksimum

  • Pendapatan keluarga pemohon tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR).

iii) 50% Daripada Pinjaman Maksimum

  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR).

Pengeluaran Pinjaman

Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada pihak PTPTN.

Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; dan
  • Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas.

Ingin dimaklumkan bahawa pihak PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Jumlah pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang diberikan oleh IPT. Semakan bayaran pinjaman boleh dilakukan di penyata pinjaman dan penyata akaun bank peminjam. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada IPT masing-masing.

Perlindungan Takaful

Skim pinjaman pendidikan PTPTN dilindungi penuh oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

Setiap peminjam dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian pinjaman. Bagi peminjam yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman. Manakala bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman. Manakala bagi peminjam yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pinjaman tambahan.

Pemberhentian Pinjaman

Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  1. Gagal / berhenti pengajian pada peringkat / jurusan / IPT yang diluluskan semasa memohon pinjaman pendidikan.
  2. Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN.
  3. Pemalsuan maklumat semasa permohonan.
  4. Peminjam diisytihar muflis.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut tentang permohonan pinjaman pendidikan dan pengeluaran pinjaman boleh hubungi

  • Pusat Panggilan (Careline) di talian 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 5:00 petang)

Kami doakan permohonan anda berjaya! Semoga perkongsian ini memudahkan segala urusan anda.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *