PU Syed Beri Teguran Pedas,Ini Respon Berani Sharifah Sakinah

PU Syed tampil bertindak menegur gaya hidup pelakon berkenaan yang dikatakan terlalu seksi dan memalukan.Lantaran itu,Sakinah atau nama sebenanrya Sharifah Nurul Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat meninggalkan respon ‘pedas’ buat PU Syed menerusi ruang komen entri berkenaan.Namun tidak lama kemudian entri tersebut dipadam oleh PU Syed.

‘Abang,akaun saya dah private, kenapa ‘public’ benda yang dah ‘diprivate’.Macam masuk rumah saya,bawa balik barang TV saya,suka ya?”Itulah respon dari pelakon dan juga ‘fitness celebrity’ terhadap teguran yang dibuat oleh pendakwah bebas,Pu Syed di laman instagramnya.

Sakinah juga mempersoalkan tindakan pendakwah berkenaan seakan mengeruhkan kaedaan di laman Insta Story nya.

Terdahulu,Sakinah memaklumkan bahawa beliau akan menapis dan menyekat pengikut akaun Instagramnya. Komitmen kerja yang memerlukan dia untuk ‘menjual badan’ dengan menunjukkan otot tubuh yang acapkali mendapat kecaman gara-gara gambar dan video senaman dengan pakaiannya yang mencolok mata.

baca lagi : ‘kerja saya jual badan,nak tunjuk body kena tunjuk aurat.toxic people,stay away’

Atas dasar tanggungjawab, PU Syed merasa tindakan untuk menegur Sakinah atas perlakuan yang keterlaluan adalah perlu.Dalam entri berkenaan, PU Syed memberikan coretan panjang lebar menerusi akaun media sosialnya.

Antara teguran yang dilontarkan pendakwah itu adalah mengenai keperluan aktres berkenaan untuk berpakaian seksi hanya kerana kerjayanya mengakal orang terutamanya para wanita untuk menjalani gaya hidup sihat.

Kerap kali saya menegur hamba Allah ini,tapi belum menampakkan tanda-tanda ingin berubah.Banyak lagi ikhtiar mencari rezeki yang berkat dan direda, akan tetapi mengapakah cara ini yang dipilih?Jika lumayan sekalipun,ketahuilah cara ia diperoleh adalah cara yang haram.

Tambahnya lagi,

tariklah orang untuk kekal sihat dengan cara patuh syariah dan bukannya melanggar syariat.Tak malu sesama makhluk tapi malu dengan Allah.Peliharalah apa yang milik suamimu.tulis PU Syed

PU Syed juga mengajak para pengikutnya untuk mendoakan agar Sakinah dan diri kita semua sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah.-onviral

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress